PETALING JAYA: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) muncul lapangan terbang No.1 dunia untuk suku kedua 2021, berdasarkan tinjauan Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) global terkini oleh Airports Council International (ACI). Menurut Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), KLIA dan LGK mencapai skor sempurna 5.0/5.0 dalam tinjauan industri yang menjadi penanda aras lapangan terbang terbaik dunia dari segi kemudahan dan standard perkhidmatan. Jelasnya, KLIA sebelum…










