Johor Port sumbang RM1 juta - Utusan Malaysia

Johor Port sumbang RM1 juta

Majlis penyerahan sumbangan oleh Johor Port kepada Tabung Endowmen Universiti Teknologi Malaysia secara maya, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Johor Port Berhad (Johor Port), ahli Kumpulan MMC, menyumbang sebanyak RM1 juta kepada Tabung Endowmen Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Tabung Endowmen UTM ditubuhkan untuk membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik, namun menghadapi kesukaran membiayai yuran pengajian dan kos sara hidup mereka.

Sumbangan diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Johor Port, Md. Derick Basir kepada Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail secara maya, semalam.

Majlis disaksikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan MMC Corporation Berhad, Datuk Seri Che Khalid Mohamad Noh.

Che Kalid berkata, sumbangan itu merupakan satu tanggungjawab korporat kepada negara dalam membantu anak-anak bangsa ke arah meneruskan cita-cita murni mereka untuk menimba ilmu dan menjadi insan yang berjaya.

“Pendidikan merupakan aset penting untuk mengubah taraf kehidupan dan ia mampu mengubah masa depan seseorang menjadi lebih baik.

“Saya percaya dengan adanya kerjasama antara syarikat korporat dan universiti, ia dapat membangun dan memperkasakan modal insan yang berkualiti tinggi, berkemahiran dan berpengetahuan, kreatif dan inovatif, seterusnya dapat membangunkan negara ke arah yang lebih cemerlang pada masa akan datang,” katanya.

Md. Derick pula berkata, sumbangan dapat membantu para pelajar yang memerlukan dan secara tidak langsung membantu negara menghasilkan bakat muda berprestasi tinggi.

“Sebagai organisasi berprestasi tinggi, kami percaya bahawa bakat berprestasi tinggi adalah elemen terpenting menuju kejayaan organisasi dan kami gembira dapat memainkan peranannya melalui sumbangan kami kepada Tabung Endowmen UTM,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN