PETALING JAYA: Cisco System Malaysia (Cisco Malaysia) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan CyberSecurity Malaysia, agensi pakar keselamatan siber nasional di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM). Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, MoU itu akan melengkapkan usaha strategik kerajaan dalam menaik taraf keupayaan keselamatan siber bagi mempersiapsiagakan Malaysia ke arah ekonomi digital yang boleh dipercayai, terjamin dan berdaya tahan. “Menerusi kerjasama dengan CyberSecurity Malaysia, negara kita dapat memanfaatkan…










