PETALING JAYA: Sebanyak 82 peratus daripada hampir 35,000 warga kerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) di seluruh Semenanjung dan Sabah telah menerima dos kedua suntikan vaksin Covid-19. Ia hasil kesedaran yang tinggi warga kerja TNB dan syarikat utiliti itu untuk bersama-sama negara serta rakyat membendung penularan wabak tersebut. Ini kerana, sebahagian besar warga kerja TNB perlu berada di lapangan iaitu di seluruh rantaian tenaga bagi menjamin kestabilan bekalan, demi keselesaan rakyat…










