SME360 bantu usahawan tingkat impak pengiklanan - Utusan Malaysia

SME360 bantu usahawan tingkat impak pengiklanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Astro Media Solutions (AMS) melancarkan sebuah portal, SME360, yang bertindak sebagai pusat sehenti untuk inisiatif pengiklanan serta pemasaran yang mampu membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menjangkau pelanggan dengan penglibatan atau hubungan yang lebih konsisten.

Diwujudkan istimewa untuk PKS daripada pelbagai latar belakang dan saiz, SME360 menawarkan pakej media paling optimum bagi menyasarkan kumpulan pasaran dengan lebih efektif, didukung oleh rangkaian pengguna Astro yang luas dan memiliki ekosistem media yang mantap secara keseluruhannya.

Menurut AMS, portal itu dibina bertujuan memacu perniagaan masing-masing dengan lebih efektif pada kadar pengiklanan yang berpatutan sebagai penyelesaian kepada situasi semasa, disamping memastikan komunikasi dengan pelanggan kekal berlangsung agar dapat menggalakkan pertimbangan dan pembelian.

“Perkhidmatan yang ditawarkan oleh SME360 ini merentasi pakej pengedaran iklan, penyiaran di platform media sosial, pemasaran e-dagang, penglibatan figura berpengaruh atau influencer untuk membantu mempromosikan produk, sehinggalah ke sesi konsultasi percuma berkenaan dengan cetusan idea atau penerbitan iklan berdasarkan amalan terbaik,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Pengarah AMS, Wong See Wei berkata, pelancaran SME360 diharap dapat membantu PKS memacu pemasaran dan perniagaan masing-masing di sebalik pandemik.

Beliau berkata, dengan ketidaktentuan dalam pasaran hari ini, adalah kritikal bagi PKS untuk memperkukuhkan jalinan hubungan yang berterusan dengan pelanggan supaya keyakinan pada jenama boleh dikekalkan.

“Lebih 900,000 pemilik PKS di Malaysia boleh akses portal SME360 yang merangkumi pelbagai solusi pemasaran dipakejkan khas untuk menepati setiap keperluan perniagaan dan peruntukan kewangan.

“Ia meliputi pakej media merentasi TV, radio, digital, platform e-dagang dan pemasaran melalui influencer atau figura berpengaruh.

“Kami komited untuk membantu para SME menempuhi waktu mencabar ini dengan memacu perniagaan mereka menerusi pelan pemasaran yang berkesan. Kami yakin, jika komuniti kita berjaya, kami turut sama meraikan kejayaan tersebut dan bersama, kita pasti boleh,” katanya.

Menurut AMS, pakej-pakej yang ditawarkan di bawah SME360 adalah cukup berpatutan, dengan produksi komplimentari bernilai sehingga RM7,000 (bagi pakej TV dan radio).

“Untuk setiap peluang perniagaan yang dirujuk kepada kami menerusi portal SME360 akan menerima kredit pengiklanan istimewa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN