CTOS Digital catat untung bersih lebih tinggi - Utusan Malaysia

CTOS Digital catat untung bersih lebih tinggi

DENNIS MARTIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: CTOS Digital Berhad mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) lebih tinggi pada suku kedua tahun ini iaitu sebanyak RM11.8 juta, peningkatan 56 peratus daripada RM7.5 juta, suku sebelumnya.

Kumpulan turut merekodkan pendapatan lebih tinggi, sebanyak RM37.8 juta meningkat 23 peratus daripada RM30.7 juta suku sama tahun sebelumnya.

keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) Kumpulan juga mencatatkan peningkatan yang kukuh sebanyak 64 peratus kepada RM15 juta bagi tempoh berakhir 30 Jun lalu daripada RM9.1 juta tempoh sama 2020.

Bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, Kumpulan merekodkan PATAMI sebanyak RM31.4 juta, peningkatan 70 peratus daripada RM18.5 juta tempoh sama 2020. Peningkatan itu disokong oleh perolehan Kumpulan yang meningkat sebanyak 17 peratus kepada RM75.8 juta daripada RM64.7 juta tahun sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutif CTOS Digital, Dennis Martin berkata, pertumbuhan kukuh syarikat dalam suku kedua dan dan separuh pertama untuk tahun kewangan dilaporkan, bukti model perniagaan syarikat berdaya tahan di sebalik pelaksanaan pelbagai Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia.

“Kami akan terus memberikan penyelesaian digital yang inovatif kepada pangkalan pelanggan akaun utama kami yang luas. Ini adalah untuk mengembangkan segmen komersial kami melalui pengaktifan baharu dan mendidik serta menyediakan penyelesaian kepada perusahaan keci dan sederhana (PKS) dan individu bagi membuat keputusan kewangan yang tepat,” katanya dalam kenyataan.

CTOS Digital mengisytiharkan dividen interim peringkat pertama sebanyak 0.533 sen bagi setiap saham biasa untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 yang akan dibayar pada 3 September ini.

Tarikh pembayaran dividen ialah pada 6 Ogos ini.

CTOS Digital dijadual disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 19 Julai ini. Dengan harga RM1.10 sesaham dan permodalan pasaran sebanyak RM2.4 bilion, ia bakal menjadi tawaran awam permulaan (IPO) terbesar setakat ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN