Anugerah Guardian 2021 kembali - Utusan Malaysia

Anugerah Guardian 2021 kembali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Guardian Malaysia meraih reputasi yang mantap sebagai destinasi utama farmasi, kesihatan dan kecantikan runcit yang dipercayai di Malaysia kerana menyediakan pelbagai produk kesihatan dan kecantikan terbaik dalam industri kepada pelanggannya.

Guardian turut terkenal sebagai pakar yang dipercayai dalam kesihatan komuniti menerusi kerja keras pasukan ahli farmasi profesionalnya yang ramai.

Pengarah Pemasaran Jenama  Asia Tenggara Guardian Health and Beuty, Anna Ng berkata, di Guardian, pelanggan adalah nadi dalam segala usaha yang lakukan.

Beliau berkata, Guardian mendengar keperluan pelanggan dan berhati-hati dalam menyampaikan kecantikan yang bersifat sihat serta berpatutan untuk mereka.

“Kami menyediakan produk keperluan kesihatan dan kecantikan tanpa kompromi dari segi nilai dan kualiti kepada para pelanggan.

“Kami juga merasakan bahawa pelanggan kami lebih mengetahui dan merupakan pakar dalam menentukan jenama yang sesuai untuk mereka. Itulah tujuan kami mengadakan Anugerah Guardian 2021 – Yang Terbaik dalam Kesihatan dan Kecantikan tahun ini,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Anna, peraduan penghargaan jenama tahunan yang sangat popular itu benar-benar memberi suara kepada pelanggan dalam memilih jenama-jenama Kesihatan dan Kecantikan TERBAIK yang boleh didapati di semua stor Guardian daripada perspektif mereka.

“Saya yakin bahawa Anugerah Guardian 2021 – Yang Terbaik dalam Kesihatan dan Kecantikan akan kekal sebagai anugerah yang paling berprestij dan definitif dalam pasaran hari ini dengan mengambil kira kepelbagaian dan keluasan rangkaian produk, jenama dan kategori yang terlibat.

“Ia memberikan gambaran yang bebas dan adil terhadap jenama yang telah memberi impak paling besar kepada pelanggan. Jenama juga akan mendapat pemahaman yang lebih baik tentang pemilihan jenama yang dibuat oleh pengguna,” katanya.

Pelanggan Guardian boleh menyaksikan video ulasan produk kegemaran mereka oleh influencer di dalam talian di http://awards.guardian.com.my.

Penyertaan untuk peraduan ini adalah PERCUMA, pembelian tidak diperlukan dan ia terbuka kepada semua orang yang berusia 18 tahun dan ke atas.

Pemenang akan dipilih berdasarkan penyertaan yang paling tepat dengan senarai keputusan pemenang keseluruhan Anugerah Guardian 2021 – Yang Terbaik dalam Kesihatan dan Kecantikan.

Undian dibuka dari sekarang sehingga 27 Julai 2021, dan semua pengundian adalah secara dalam talian. Pelanggan hanya perlu mendaftar di http://awards.guardian.com.my menerusi platform sosial media mereka dan mula mengundi. Had nombor penyertaan juga tidak dikenakan.

Setelah undian dibuat, setiap pengundi akan menerima e-baucar RM10 yang boleh ditebus di Stor Dalam Talian Guardian dengan perbelanjaan minimum RM100 dalam satu resit  sepanjang tempoh peraduan ini berlangsung.

Semua pelanggan yang mengundi berpeluang memenangi salah satu daripada 63 hadiah berjumlah RM50,000 termasuk sebuah Hadiah Utama iaitu VESPA PRIMAVERA S150.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN