Petronas berjaya jalankan operasi LNG Bunkering - Utusan Malaysia

Petronas berjaya jalankan operasi LNG Bunkering

PENYELESAIAN bunkering LNG terbaharu itu direka untuk menarik pasaran end-to-end. – GAMBAR PETRONAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Petroliam Nasional Berhad (Petronas) menerusi jenama Petronas Marine berjaya menjalankan operasi bekalan gas asli cecair (LNG) pertama melalui Kapal Bunker LNG (LBV), MV Avenir Advantage di pelabuhan Pintu Gedung, Pelabuhan Klang.

Operasi itu membolehkan MV Solar Roma, Tanker Liberia yang dalam perjalanan ke Mediterranean melengkapkan pemindahan bunker LNG berkapasiti 865 meter padu daripada perniagaan Petronas Energy and Gas Trading dalam masa kurang 12 jam setelah tiba di pelabuhan.

Ketua Petronas Marine, Emry Mohd. Tamrin berkata, kejayaan operasi itu akan mengukuhkan lagi kehadiran syarikat dalam pasaran penyelesaian bunker yang semakin berkembang.

“Sejajar dengan hasrat kami untuk menjadi rakan kongsi penyelesaian sehenti bahan bakar marin, kami gembira mendapat sokongan pihak berkuasa pelabuhan untuk menawarkan bahan bakar yang lebih bersih untuk industri marin.

“Perniagaan bunker LNG Petronas adalah cerminan komitmen Kumpulan untuk kelestarian sebagai rakan tenaga dan penyelesaian yang progresif selain turut menyokong matlamat Organisasi Maritim Antarabangsa (IMO) dalam mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GRK),” katanya dalam kenyataan.

Penyelesaian bunkering LNG terbaharu itu direka untuk menarik pasaran end-to-end sekali gus memenuhi permintaan pelanggan dalam menyediakan tenaga yang lebih bersih.

MV Avenir Advantage seluas 7,500 meter padu adalah LBV khusus pertama untuk memenuhi permintaan pelanggan di Asia Tenggara dan digunakan untuk mempromosikan LNG sebagai bahan bakar laut yang lebih bersih di Pasir Gudang, Johor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN