PETALING JAYA: Kegiatan mengambil untung membabitkan kaunter produk pengguna dan perkhidmatan, teknologi serta logistik mengheret turun urus niaga Bursa Malaysia. Indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meneruskan trend menyusut apabila ditutup pada 1,579.90 mata, jatuh 1.58 mata daripada kelmarin. Kelmarin Bursa susut 6.48 mata kepada 1,581.48 mata daripada 1,587.96 mata hari sebelumnya. Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd., Adam Mohamed Rahim berkata, faktor utama berlakunya penurunan itu…










