Xiaomi dikeluar senarai hitam AS - Utusan Malaysia

Xiaomi dikeluar senarai hitam AS

PENTADBIRAN bekas Presiden Donald Trump sebelum ini menyenarai hitam Xiaomi atas dakwaan sebahagian daripada syarikat tentera komunis China. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Syarikat elektronik China, Xiaomi Corp. telah dikeluarkan daripada senarai hitam Amerika Syarikat (AS) dan semua sekatan terhadap rakyat AS yang membeli atau memegang stoknya turut ditarik balik.

Syarikat tersebut sebelum ini disenarai hitam kerana dipercayai sebahagian daripada Syarikat Tentera Komunis  China (CCMC).

Ketua Xiaomi, Lei Jun berkata, Mahkamah Daerah AS telah menarik balik penyenaraian oleh Jabatan Pertahanan  negara itu yang menyatakan syarikat adalah sebahagian CCMC.

“Kami menegaskan bahawa Xiaomi adalah syarikat terbuka, telus, diperdagangkan secara terbuka serta beroperasi  dan dikendalikan secara bebas,” katanya dalam kenyataan kepada Bursa Hong Kong.

Pengadilan mahkamah menunjukkan pada awal Mei bahawa Jabatan Pertahanan AS akan mengeluarkan Xiaomi dari senarai hitam pemerintah, yang menunjukkan penarikan pentadbiran Joe Biden terhadap satu daripada  serangan terakhir Donald Trump kepada Beijing sebelum melepaskan jawatannya.

Harga saham syarikat jatuh sekitar 20 peratus sejak dimasukkan ke dalam senarai hitam pada Januari lalu.

Terdahulu, Jabatan Pertahanan AS menetapkan syarikat itu mempunyai hubungan dengan tentera China dan  meletakkannya dalam senarai yang akan menyekat pelaburan AS dalam syarikat itu.

Tujuh syarikat China lain juga diletakkan di bawah sekatan serupa.

Xiaomi membalas serangan itu dengan mengemukakan tuntutan ke atas kerajaan AS, dengan menegaskan  menempatannya ‘tidak sah dan tidak berperlembagaan’ selain menolak sebarang hubungan dengan tentera China.

Pada Mac lalu, Hakim Persekutuan untuk sementara waktu menghalang penguatkuasaan senarai hitam, dengan  alasan proses yang dilakukan pemerintah AS itu ‘cacat.’ Hakim turut menangguhkan lara ngan pelaburan yang  dikenakan ke atas Luokung Technology Corp., syarikat teknologi pemetaan China.

Pentadbiran Biden bagaimanapun telah bersetuju untuk tidak mencabar keputusan itu kerana pentadbiran Trump  gagal mengembangkan dasar yang cukup dari segi undang-undang untuk mengenakan sekatan ke atas syarikat berkenaan. – AGENSI

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN