fbpx

15 Jun 2021, 9:24 am

  TERKINI

SC dan Bursa Malaysia tamatkan semakan sementara

SC mempunyai tanggungjawab langsung untuk menyelia dan memantau aktiviti institusi pasaran.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia) memulakan semula mekanisme pengurusan dan kawalan pasaran, iaitu had harga dinamik dan statik bagi Saham-saham Komponen Indeks FBMKLCI dan tahap pencetus Pemutus Litar Pasaran Bursa Malaysia, kepada parameter asal masing-masing pada 31 Mei ini.

SC dalam kenyataan berkata, keputusan memulakan semula paramter asal tersebut mengambil kria prospek ekonomi yang bertambah baik dengan pelaksanaan program vaksinasi Covid-19 dan normalisasi keadaan pasaran global.

Katanya, semakan sementara kepada mekanisme pengurusan dan kawalan pasaran yang telah dilaksanakan sejak 20 Julai 2020, dijadualkan tamat pada 30 Mei ini.

“SC dan Bursa Malaysia akan terus memantau rapi perkembangan di peringkat global dan mengambil langkah berhati-hati dalam melaksanakan langkah-langkah untuk menyokong pasaran yang adil dan teratur,” katanya. – UTUSAN