FGV rugi RM35.42 juta  - Utusan Malaysia

FGV rugi RM35.42 juta 

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: FGV Holdings Berhad mencatatkan kerugian bersih RM35.42 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac lalu, berbanding keuntungan bersih RM134.93 juta yang dicatat pada suku sebelumnya.

Pendapatan suku tahun kumpulan itu turut menyusut sebanyak 15.3 peratus suku ke suku kepada RM3.39 bilion daripada RM4.01 bilion.

Bagi tahun ke tahun, kumpulan itu mencatatkan kerugian bersih yang lebih rendah berbanding RM142.35 juta pada suku yang sama tahun lalu.

Pendapatannya bagi suku pertama 2021 turut meningkat 21.9 peratus kepada RM3.39 bilion berbanding RM2.78 bilion pada suku sama tahun lalu.

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu berkata, kerugian itu disebabkan sumbangan yang lebih rendah daripada semua segmen perniagaannya.

“Bahagian perladangan menyaksikan kerugian yang lebih rendah iaitu RM50.78 juta pada suku dikaji daripada RM147.27 pada suku sama tahun lalu.

“Ia disumbang oleh margin lebih tinggi susulan harga minyak sawit mentah (MSM) yang meningkat kepada RM3,172 satu tan sewaktu suku itu, daripada RM2,699 satu tan sebelum ini,” katanya.

Pada suku pertama tahun ini juga, kumpulan itu mencatatkan kerugian nilai saksama terhadap terbitan  sebanyak RM15.14 juta berbanding keuntungan RM57.39 juta pada suku sama tahun lalu.

Bagi segmen gula, FGV mencatatkan keuntungan sebanyak RM50.68 juta berbanding kerugian RM27.89 juta pada suku pertama 2020, berikutan peningkatan margin yang dicapai akibat penggunaan kapasiti lebih baik dan kos kewangan lebih rendah.

Pegawai Bertanggungjawab serta Pengarah Bahagian Sektor Logistik dan Perniagaan Sokongannya, Azman Ahmad berkata, FGV mencatatkan pengukuhan keuntungan operasi menerusi margin tinggi di bahagian perladangan dan perniagaan gula.

“Ia selaras dengan pengekalan harga purata MSM direalisasikan dan minyak sawit siap diproses (MSP) yang tinggi.

“Bagaimanapun, keuntungan FGV terjejas disebabkan caj pelarasan nilai semasa ke atas Perjanjian Pajakan Tanah (LLA),” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya