Filem kita sudah semakin meningkat, tapi apalah makna peningkatan tanpa sokongan - Beto Kusyairy - Utusan Malaysia

Filem kita sudah semakin meningkat, tapi apalah makna peningkatan tanpa sokongan – Beto Kusyairy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Beto Kusyairy menyifatkan sokongan orang ramai terhadap filem tempatan amat penting lebih-lebih lagi jika menonton sesebuah karya itu di pawagam.

Menurut Beto, hasil kutipan pada empat hari pertama tayangan turut menjadi penentu kepada jumlah waktu siaran sesebuah naskhah yang akan ditentukan oleh pihak pawagam.

“Empat hari pertama (Khamis-Ahad) sangatlah penting untuk ke panggung kalau ada keinginan untuk menonton sesebuah filem.

“Panggung akan kurangkan waktu siaran jika kurang sambutan. Jadi cuba untuk tidak berlengah andai ada masa,” katanya di Threads.

Dalam masa sama, pelakon filem Istanbul Aku Datang itu turut memuji kemajuan industri perfileman tanah air yang disifatkan semakin menunjukkan graf yang positif dari segi mutu penceritaan dan pembikinannya.

“Filem kita sudah semakin meningkat dari segi kualiti penceritaan dan pembikinan. Tapi apalah makna peningkatan tanpa sokongan.

“Perlu kekalkan momentum dan budaya menonton di pawagam supaya pembikin boleh terbitkan karya yang lebih bermutu di masa depan. Mudah-mudahan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN