EcoWorld Malaysia catat jualan RM2.02 bilion - Utusan Malaysia

EcoWorld Malaysia catat jualan RM2.02 bilion

Menurut institut Penyelidikan untuk Kemajuan Sosial (Refsa), purata harga rumah di Malaysia meningkat 5.6 klai ganda atau bersamaan 460 peratus kenaikan modal, menyebabkan kebanyakan rakyat tidak mampu membeli kediaman. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Eco World Development Group Berhad (EcoWorld Malaysia) mencatatkan penjualan berjumlah RM2.02 bilion pada separuh pertama tahun kewangan 2021 bermula 1 November 2020 hingga 30 April 2021.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Chang Khim Wah berkata, kumpulan mencatat prestasi baik dengan penjualan RM706 juta pada suku pertama, dan terus mengukuh pada suku kedua apabila mencapai jualan sehingga RM1.3 bilion.

“Kami sangat bersyukur kerana prestasi memberangsangkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun kewangan 2021 ini.

“Pelancaran projek Eco Botanic 2 kami di Iskandar Malaysia bersama dengan produk Co-Home baharu di Eco Horizon dan Eco Grandeur serta ErgoHomes & Garden Homes fasa kedua di Eco Forest menyumbang kepada penjualan tersebut.

“Kumpulan juga mencatat penjualan yang stabil di hampir semua projek kami yang sedang berlangsung di Lembah Klang, Iskandar Malaysia dan Pulau Pinang,” katanya.

Kenyataan itu dibuat selepas kumpulan mengadakan taklimat maya bagi memaklumkan prestasi semasa kepada lembaga syarikat , semalam.

Menurut Khim Wah, kumpulan juga yakin dapat mencapai sasaran RM2.875 bilion yang ditetapkan untuk tahun ini.

“Pencapaian RM 2.02 bilion untuk separuh pertama adalah petunjuk positif aliran masuk tunai yang berterusan bagi operasi.

“Seiring dengan disiplin dan kos yang lebih rendah berikutan operasi yang dijalankan secara digital, kumpulan berada pada kedudukan yang baik dalam mencapai matlamat dan objektif kewangan kami,” jelasnya.

Tambah beliau, ramai yang bimbang mengenai kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terhadap perniagaan, termasuk pemegang saham kumpulan yang mahu melihat syarikat meneruskan rancangan dan strategi untuk kekal teguh.

“Kami sedar langkah-langkah yang lebih ketat dilaksanakan oleh kerajaan untuk memerangi penularan Covid-19 di negara ini. Sebagai entiti korporat, EcoWorld Malaysia menyokong penuh tindakan kerajaan untuk mengenakan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat bagi memutuskan rantaian Covid-19 di seluruh negara.

“Kami akan memastikan SOP sentiasa diikuti di premis perniagaan dan tapak pembinaan kami selain menjalankan sebanyak mungkin aktiviti perniagaan kami melalui platform maya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya