JIC, Norinchukin Bank kuasai Toshiba? - Utusan Malaysia

JIC, Norinchukin Bank kuasai Toshiba?

TOSHIBA memiliki kepakaran membangunkan teknologi tinggi yang digunakan dalam bidang ketenteraan Jepun, dan pemilikan oleh syarikat tempatan dapat menjamin keselamatannya. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Japan Investment Corp. (JIC) dan Norinchukin Bank mempertimbangkan untuk me­ngambil alih Toshiba Corp, lapor Nikkan Kogyo Shimbun, semalam.

Pertimbangan tersebut dilihat lebih sesuai untuk pihak berkuasa dan pengurusan syarikat berbanding tawaran yang dikemukakan oleh pelabur-pelabur asing.

Menurut laporan itu, CVC Ca­pital Partners yang telah mengemukakan tawaran awal kepada Toshiba, berkemungkinan akan menyertai bidaan untuk menguasai konglomerat tersebut, namun syarikat-syarikat Jepun dijangka mengetuai bidaan.

Jelas akhbar berkenaan, dana milik kerajaan turut berkemungkinan menyertai bidaan.

JIC bagaimanapun enggan memberi sebarang komen ketika dihubungi Reuters, manakala Norinchukin pula gagal dihubungi.

CVC sebelum ini telah mengemukakan tawaran sebanyak AS$20 bilion (RM82.46 bilion) untuk mengambil alih Toshiba dan dijangka memberikan perincian tawaran tersebut dalam masa terdekat.

Pengerusi Lembaga Pengarah Toshiba sebelum ini mengkritik tawaran dikemukakan CVC dengan menyifatkannya sebagai “kurang berasas”, dan perlu pertimbangan yang berhati-hati kerana ia membabitkan pelaburan asing dalam syarikat Jepun dengan teknologi strategik.

Sebagai contoh, teknologi dibangunkan Toshiba digunakan dalam pengendalian peluru berpandu dan lain-lain sistem pertahanan.

Media turut menamakan KKR & Co. Inc. dan Brookfield bakal mengemukakan tawaran kepada Toshiba. Nikkei kelmarin melaporkan, CVC merancang untuk bekerjasama dengan Bain Capital dalam usahanya memiliki Toshiba.

Laporan itu muncul sehari selepas Toshiba melantik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu selepas kontroversi muncul membabitkan bekas CEO, Nobuaki Kurumatani yang meletak jawatan kelmarin selepas dikritik membabitkan isu-isu urus tadbir.

Toshiba berkata, Kurumatani akan digantikan oleh Pengeru­sinya, Satoshi Tsunakawa ber­kuat kuasa serta-merta dan akan mencari pengganti beliau dalam waktu terdekat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya