Biden cadang naikkan cukai golongan kaya, bantu rakyat - Utusan Malaysia

Biden cadang naikkan cukai golongan kaya, bantu rakyat

SEKUMPULAN pekerja mengadakan piket secara aman di Chicago baru-baru ini mendesak kerajaan menghalang pemberhentian pekerja dan melanjutkan bantuan subsidi pekerjaan. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dijangka akan membentangkan cadangan untuk menaikkan cukai bagi individu kaya di negara itu, demikian menurut pakar ekonomi di White House.

Menurut sumber, langkah tersebut bagi membolehkan Presiden mengumpul dana membiayai pelan kerajaan bagi membantu golo­ngan yang memerlukan.

Biden dijangka akan membentangkan ‘Pelan Keluarga Amerika’ membabitkan peruntukan AS$1.8 trilion (RM7.37 trilion) yang akan menyediakan penjagaan kebangsaan untuk kanak-kanak, cuti keluarga berbayar, kolej komuniti percuma, dengan sebahagian peruntukan adalah daripada cukai golongan kaya.

Ketua Majlis Ekonomi White House, Brian Deese berkata, kenaikan cukai itu hanya membabitkan pembayar cukai yang mempunyai pendapatan tahunan lebih AS$1 juta (RM4.095 juta), dianggarkan berjumlah 500,000 orang.

“Perubahan ini akan hanya membabitkan tiga per 10 daripada peratusan pembayar cukai, tidak termasuk satu peratus kelompok teratas, bahkan tidak juga separuh teratas daripada satu peratus,” katanya, memetik data percukaian pada 2018.

Beliau bagaimanapun tidak pula menjelaskan lebih lanjut bentuk percukaian baharu itu, namun media memetik sumber minggu lalu melaporkan, pelan tersebut akan meningkatkan kadar percukaian kepada 39.6 peratus daripada 20 peratus.

Sementara pasangan de­ngan kadar cukai 3.8 peratus di bawah program insurans kesihatan Obamacare pula, akan mengalami kenaikan cukai kepada 43.4 peratus, tertinggi sejak 1920an, menurut Yayasan Percukaian, sebuah kumpulan penyelidik bebas.

Deese bagaimanapun mempertahankan cadangan pelaksanaan percukaian baharu itu.

“Kami percaya, ia bukan sahaja adil, tetapi juga dapat membantu mengatasi tindakan mengelak cukai yang jelas melanggar kod percukaian itu sendiri.

“Apa yang lebih penting, hasil daripada cukai itu boleh dilaburkan anak-anak, keluarga kita dan pertumbuhan ekonomi pada masa hadapan,” katanya.

Bidin yang dijadual menghadiri sidang Kongres pada malam esok, dilaporkan berkata, individu kaya perlu “membayar bahagian yang adil” untuk membiayai keutamaan polisinya, yang mengikut satu kaji selidik, mendapat sokongan majoriti rakyat AS.

Pelan mega pekerjaan dan infrastruktur berjumlah AS$2 trilion (RM8.19 trilion) yang dicadangkan beliau akan dibiayai sebahagiannya daripada kenaikan cukai korporat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya