PUNB lancar skim bantu pekerja diberhentikan akibat Covid-19 - Utusan Malaysia

PUNB lancar skim bantu pekerja diberhentikan akibat Covid-19

NOH OMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

PUTRAJAYA: Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) bakal memperkenalkan skim pinjaman baharu untuk menolong pekerja yang diberhentikan kerja akibat Covid-19, untuk berniaga.

Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar berkata, skim pinjaman yang belum lagi diberikan nama itu akan dilancarkan dalam masa terdekat dengan pembiayaan paling minimum RM50,000.

“Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) sendiri sudah bersetuju dan ia khusus untuk tolong pekerja dibuang sebab wabak itu dan anda (wartawan) boleh mohon jika diberhentikan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis memorandum persefahaman (MoU) antara Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dengan PUNB di sini semalam.

MoU itu melibatkan tujuh agensi di bawah kementerian dan majlis disaksikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Izwan Zainuddin.

Mengulas lanjut, Noh berkata, skim tersebut berbeza daripada Bumiputera Relief Financing (BRF) yang sudah ditutup pada 8 Disember tahun lalu dengan khusus untuk syarikat kecil.

“Setakat ini, PUNB ada dana sendiri sebanyak RM50 juta dan pihak kami akan memohon tambahan RM100 juta lagi daripada Kementerian Kewangan untuk inisiatif ini,” katanya.

Beliau bagaimanapun enggan memperincikan skim tersebut dan jangkaan berapa ramai yang akan memohon apabila skim berkenaan mula dilancarkan secara rasmi.

Noh dalam pada itu memaklumkan, PUNB yang akan menyambut ulang tahun ke-30 pada 17 Julai depan sudah berjaya membangunkan sebanyak 7,918 syarikat tempatan.

Ia membabitkan pembangunan 11,300 usahawan bumiputera dalam pelbagai sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan jumlah keseluruhan kelulusan pembiayaan sebanyak RM3.31 bilion. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya