430 juruterbang, jurutera wanita di AirAsia - Utusan Malaysia

430 juruterbang, jurutera wanita di AirAsia

Syarikat penerbangan tambang murah itu berbangga menjadi antara syarikat dengan nisbah juruterbang dan jurutera wanita tertinggi di rantau Asia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: AirAsia Group membuktikan pihaknya terkehadapan dalam mempromosikan kesetaraan gender apabila sehingga hari ini, mereka mempunyai lebih 200 juruterbang dan lebih 230 juruterbang wanita dalam perkhdimatannya.

Syarikat penerbangan tambang murah itu juga berbangga menjadi antara syarikat dengan nisbah juruterbang dan jurutera tertinggi di rantau Asia dengan hampir satu daripada 20 juruterbang dan hampir satu daripada 15 jurutera mereka ialah wanita.

AirAsia memberikan penghargaan kepada pekerja wanitanya yang sekian lama menjadi tonggak syarikat itu bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia.

Presiden (AirAsia Digital) AirAsia, Aireen Omar berkata, sudah bertahun-tahun golongan wanita membuktikan setanding atau lebih baik daripada lelaki serta berdaya tahan, berkebolehan, bijak serta mempunyai pelbagai kelebihan tidak bersandarkan rupa semata-mata.

Kata beliau yang turut mengasaskan kempen #GirlsCanDoAnything AirAsia, tenaga wanita mereka bukan hanya terdiri daripada juruterbang, jurutera, pasukan keselamatan wanita dan sebagainya.

“Tetapi kami juga mempunyai wanita yang merupakan saintis data yang bijak, pengekod yang hebat, jurutera perisian dan pakar keselamatan siber.

“Allstars wanita kami melakukan semua ini sambil menjadi seorang ibu, isteri, anak dan mempunyai autonomi untuk menguruskan kehidupan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut AirAsia, mereka menjadi syarikat penerbangan pertama di Asia Tenggara yang mengambil juruterbang wanita iaitu Kapten Norashikin Onn yang juga merupakan juruterbang komersial wanita pertama di Malaysia.

Sejak itu, jumlah juruterbang wanita terus melonjak di seluruh Kumpulan AirAsia termasuklah Kapten AirAsia Indonesia, Monika Anggreini dan Kapten Suwapich Wongwiriyawanich yang bermula sebagai kru kabin sebelum bertugas sebagai kapten wanita pertama yang mengendalikan pesawat Airbus 330 di Thailand.

“Kami tetap komited untuk memastikan peluang yang sama rata bagi semua kakitangan dan Allstars wanita kami memainkan peranan penting di seluruh syarikat, bukan hanya sebagai juruterbang dan kru kabin tetapi juga sebagai jurutera dan perkhidmatan darat.

“AirAsia telah mengendalikan pasukan penerbangan dan perkhidmatan darat sepenuhnya oleh wanita, mengambil pegawai keselamatan wanita serta melakukan penyelenggaraan pesawat yang diketuai oleh Jurutera Penyelenggaraan Pesawat Berlesen, Putri Siti Nordiyana dan pada 2019, AirAsia Filipina meraikan Jurutera Robotik (RTS) wanuat pertama mereka, Jerelyn Castillo. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.