TNB kekal berdaya tahan, catat PAT RM3.6 bilion - Utusan Malaysia

TNB kekal berdaya tahan, catat PAT RM3.6 bilion

AMIR HAMZAH AZIZAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) kekal berdaya tahan dalam mengharungi cabaran apabila mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM3.6 bilion bagi tahun kewangan 2020.

Keuntungan itu bagaimananya lebih rendah berbanding RM4.45 bilion yang direkodkan tahun sebelum­nya.

Ia kesan daripada Standard Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS) 16 sebanyak RM613.4 juta, pendapatan pembiayaan yang rendah serta diskaun TNB sebanyak RM250 juta kepada pelanggan sebagai sebahagian daripada pakej rancangan ekonomi PRIHATIN.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (gambar) berkata, PAT yang rendah disebabkan kesan teruk akibat wabak Covid-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan yang telah menyekat aktiviti ekonomi.

“Bagaimanapun, Kumpulan telah menunjukkan daya tahan di sebalik cabaran ini hasil kerjasama padu dan disiplin 35,000 warga kerja TNB yang berpaksikan komitmen kami untuk melaksanakan pelan strategik 10 tahun TNB, Reimagining TNB,” katanya dalam kenyataan semalam.

Bagi tempoh dilaporkan, pendapatan Kumpulan berkurangan 13.7 peratus tahun ke tahun kepada RM44 bilion daripada RM50.9 bilion berikutan jualan elektrik yang lebih rendah dan pelarasan Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT).

“Pelarasan ICPT sebanyak RM3 bilion ini disebabkan harga bahan api yang rendah berbanding kedudukan surcaj RM1.9 bilion pada tahu kewangan 2019,” kata beliau.

Menurut Amir Hamzah, jualan elektrik di peringkat Kumpulan merosot 5.1 peratus tahun ke tahun kepada 117,003.6 GWj daripada 123,252.0 GWj pada 2019, terutamanya berpunca daripada permintaan yang rendah di sektor industri dan komersial akibat kelembapan ekonomi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya