Red Bull laung amaran prestasi kembali pulih

Red Bull laung amaran prestasi kembali pulih

Bos Red Bull, Laurent Mekies yakin jentera lumba pasukan itu bakal memberikan tentangan sengit selepas ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIAMI: Pasukan Red Bull memberi amaran awal kepada pencabar kejuaraan dunia Formula Satu (F1) apabila peningkatan prestasi jentera mereka di Grand Prix (GP) Miami minggu lalu mula menutup jurang dengan Mercedes.

Juara dunia empat kali, Max Verstappen kembali mempamerkan taring apabila bangkit daripada insiden pusingan pertama untuk menamatkan perlumbaan di tempat kelima selepas turut meraih petak kedua ketika sesi kelayakan.

Bos Red Bull, Laurent Mekies berkata, peningkatan ketara yang dipamerkan Red Bull di Miami membuktikan usaha pembangunan agresif pasukan itu mula membuahkan hasil selepas berdepan permulaan musim yang sukar.

“Kami membuat satu langkah besar yang sangat jelas kerana selepas di Jepun kami ketinggalan 1.2 saat daripada petak utama dan di China pula sekitar satu saat, jadi peningkatan di Miami menunjukkan perkembangan yang amat ketara,” kata ketua pasukan Red Bull, Laurent Mekies.

“Apabila kami hanya enam persepuluh saat di belakang petak utama pada Jumaat dan kurang dua persepuluh saat ketika kelayakan Sabtu, ia memberi gambaran jelas bahawa kami kini jauh lebih kompetitif berbanding sebelum ini,” katanya.

Permulaan musim yang sukar sebelum ini menyaksikan Red Bull tercicir daripada perebutan kemenangan selepas Mercedes, McLaren dan Ferrari tampil lebih mantap dalam era baharu peraturan teknikal F1.

Bagaimanapun, Red Bull masih belum boleh menarik nafas lega kerana Mercedes difahamkan belum membawa pakej naik taraf utama mereka di Miami dan hanya akan memperkenalkannya pada perlumbaan seterusnya di Kanada.

“Prestasi kami mungkin belum cukup untuk mencabar kedudukan satu dan dua tetapi sekurang-kurangnya kami kini sudah mampu bersaing bagi kelompok podium dan lima terbaik.,” katanya. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN