MAG dapat suntikan RM3.6 bilion daripada Khazanah - Utusan Malaysia

MAG dapat suntikan RM3.6 bilion daripada Khazanah

Langkah penstrukturan semula kewangan tersebut, yang dijangka selesai pada awal Mac ini melibatkan semua pemegang taruh utama MAG .
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia Aviation Group (MAG) mengumumkan bahawa Mahkamah Tinggi Keadilan England dan Wales telah mempersetujui Skim Pengaturan di bawah Bahagian 26 Akta Syarikat United Kingdom (UK) 2006 antara entiti pemajakan MAG, MAB Leasing Limited dengan majoriti pemberi pajak operasi pesawat MAG.

Skim tersebut menerima sokongan penuh pemberi pajak yang relevan dan mewakili komponen penting langkah penstrukturan semula MAG yang lebih luas yang akan mengurangkan liabiliti MAG sebanyak lebih RM15 bilion.

Menurut Malaysia Airlines Berhad (MAB), langkah penstrukturan semula kewangan tersebut, yang dijangka selesai pada awal Mac ini melibatkan semua pemegang taruh utama MAG dan tambahan daripada skim itu, akan membantu syarikat penerbangan itu mencapai perjanjian dua hala dengan pemberi pajak kewangan, pemberi pajak enjin gantian, pembekal perkhidmatan penyelenggaraan, pemberi pinjam korporat dan entiti berkaitan kerajaan Malaysia.

“Kini setelah skim tersebut dipersetujui secara rasmi oleh Mahkamah UK, syarikat penerbangan itu boleh meneruskan pelaksanaan pelan penstrukturan semulanya dengan sokongan pemegang saham tunggalnya, Khazanah Nasional Berhad dan pemegang taruh sedia ada, memastikan masa hadapan wakil Malaysia itu dan menyediakan keterhubungan yang penting untuk negara,” katanya dalam kenyataan dekat sini malam tadi.

MAG ialah syarikat induk kepada MAB.

Menurut MAB, elemen utama penstrukturan semula itu termasuk komitmen modal daripada Khazanah sebanyak RM3.6 bilion kepada MAG untuk membiayai perniagaannya sepanjang tempoh penstrukturan semula sehingga 2025.

“MAG sendiri telah mengambil langkah proaktif untuk menghadapi krisis Covid-19 melalui pemotongan rangkaian, penjimatan kos struktur, pemuliharaan tunai dan inisiatif penundaan pembayaran. Ini diterjemahkan kepada jumlah RM5.5 bilion pada 2020 dan sasaran RM397 juta untuk suku pertama 2021.

“Pemberi pajak operasi telah menyokong syarikat penerbangan itu dengan set semula kadar pajakan kepada pasaran dan penundaan yang turut akan dilaksanakan dengan pemberi pajak kewangan dan lain-lain,” katanya.

Menurut MAB, kesimpulan proses undang-undang tersebut bersama set semula holistik platform pengoperasian serta kunci kira-kira telah membentuk landasan untuk masa hadapan yang lebih ringan dan tangkas untuk pesawat serta memberikan MAG ruang dan kemampuan untuk memnuhi Pelan Perniagaan Jangka Panjang 2.0 serta mencapai Wawasan 2025-nya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya