Bayaran dividen global diunjur pulih - Utusan Malaysia

Bayaran dividen global diunjur pulih

Program vaksinasi yang dimulakan di seluruh dunia membantu pemulihan ekonomi yang meleset akibat pandemik Covid-19 sehingga menjejaskan pembayaran dividen oleh syarikat korporat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pembayaran dividen global mampu pulih sebanyak lima peratus tahun ini, menurut jangkaan laporan terbaharu semalam selepas Covid-19 menyebabkan kejatuhan pembayaran terburuk sejak krisis kewangan lebih sedekad lalu.

Pembayaran syarikat-syarikat kepada pemegang saham jatuh lebih 10 peratus dalam asas pendasar tahun lalu selepas satu daripada syarikat memotong dividen dan satu daripada lapan syarikat terus membatalkannya.

Pemotongan berjumlah AS$220 bilion (RM889.04 bilion) dibuat antara April sehingga Disember lalu berdasarkan Indeks Dividen Global oleh pengurus pelaburan, Janus Henderson.

Namun, sudah ada petanda yang syarikat-syarikat tersebut akan mengembalikan, sekurang-kurangnya sebahagian daripadanya.

Laporan Henderson memberi amaran bahawa dividen masih boleh berkurang dua peratus tahun ini dalam senario terburuk. Namun, untuk senario terbaik, dividen 2021 dilihat meningkat lima peratus dalam asas utama.

“Ada kemungkinan kita melihat syarikat-syarikat membayar dividen istimewa pada 2021, memanfaatkan kedudukan tunai yang kukuh bagi menggantikan pembayaran yang kurang pada 2020,” katanya.

Menurut laporan tersebut, dividen perbankan dilihat akan memacu pemulihan pembayaran tahun ini selepas Bank Pusat Eropah dan Bank England melonggarkan sekatan menyeluruh kepada pemberi pinjaman dalam dividen dan pembelian semula.

Sekatan tersebut dibuat semasa gelombang pertama krisis sebagai persediaan untuk potensi peningkatan pinjaman buruk.

Pemberi pinjaman di United Kingdom (UK), Barclays dan NatWest telah memulakan pembayaran bulan ini.

Kata laporan tersebut, sekatan dividen tahun lalu bermakna bank memotong atau membatalkan AS$70 bilion (RM282.88 bilion) pembayaran di seluruh dunia.

Namun, pemotongan dividen global secara keseluruhannya terbukti tidak sedramatik yang dijangka. Pada Ogos, Henderson menjangkakan Covid-19 menyebabkan korporat memotong AS$400 bilion (RM1.62 trilion) dividen, hampir dua kali ganda berbanding pemotongan sebenar.

Kata Henderson, suku keempat yang kukuh membantu agihan dividen seperti yang berlaku pada syarikat kereta Jerman, Volkswagen dan pemberi pinjaman terbesar Russia, Sberbank yang meneruskan pembayaran. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya