Mara Corp. tamatkan kontrak Badlisyah - Utusan Malaysia

Mara Corp. tamatkan kontrak Badlisyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARA Corp Sdn. Bhd. telah menamatkan perkhidmatan golongan profesional yang dibawa masuk oleh Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Badlisyah Abdul Ghani pada Oktober lalu, dengan pampasan satu bulan gaji, menurut laporan akhbar The Malaysian Reserve.

Akhbar perniagaan itu dalam laporannya berkata dalam surat bertarikh 28 Januari ia menyatakan penamatan perkhidmatan itu dibuat selepas pihak pengurusan mendapati pelantikan itu tidak termasuk dalam belanjawan Mara Corp.

Surat penamatan yang dilihat The Malaysian Reserve itu dikatakan ditandatangani pemangku Ketua Eksekutif Kumpulan Noor Irwan Marmin. Surat itu juga menyatakan semua jawatan yang dilantik itu tidak diluluskan menurut had kuasa syarikat dan sambungan penggajian ia akan memberi kesan kepada kedudukan kewangan syarikat.

Notis satu bulan penamatan perkhidmatan itu berkuat kuasa 1 Mac 2021. Akhbar itu sebelum ini melaporkan Majlis Amanah Rakyat (Mara) mungkin terpaksa membayar sehingga RM10 juta kepada Badlisyah dan profesional seramai 20 orang yang dibawa masuk oleh beliau ketika dia dilantik

Badlisyah yang dilantik ke jawatan itu pada September tahun lalu, diminta mengambil cuti dua bulan sebelum digantung daripada tugas. Tidak diketahui punca penggantungan tugas itu. Kesemua yang dilantik dikatakan masih mempunyai baki 20 bulan berdasarkan tawaran kontrak perkhidmatan.

Akhbar itu juga berkata pemberian notis satu bulan notis itu sejajar terma perkhidmatan dalam surat pelantikan. – The Malaysian Reserve.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya