BPMB, KMP dan MTDC jalin kerjasama strategik - Utusan Malaysia

BPMB, KMP dan MTDC jalin kerjasama strategik

(Dari Kiri) Yarham Yunus, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi, Pengkomersialan dan Perkhidmatan STI) MOSTI, Dr. Mohd. Nor Azman Hassan; Khairy Jamaluddin, Arshad Mohamed Ismail, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan STI) MOSTI, Datuk Parang Abai @ Thomas dan Norhalim Yunus selepas majlis menandatangani kerjasama strategik di Putrajaya, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) menjalin kerjasama strategik bersama agensi-agensi pembiayaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) iaitu Kumpulan Modal Perdana (KMP) dan Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC).

Kerjasama strategik itu bagi membantu proses pemulihan ekonomi dengan mendorong dan meningkatkan penerapan penggunaan teknologi untuk menyelesaikan jurang sektor melalui penggunaan teknologi dan automasi canggih.

BPMB berkata, kerjasama itu merangkumi sokongan dana untuk mendorong inisiatif digitalisasi melalui dana BPMB sendiri dan juga melalui Skim Transformasi Pendigitalan Industri (IDTS).

Sementara itu, sokongan teknologi daripada agensi-agensi pembiayaan MOSTI akan digunakan untuk menerajui inisiatif Industri 4.0 dalam usaha meningkatkan sumbangan sektor-sektor yang terlibat dengan teknologi berimpak tinggi kepada ekonomi nasional.

Majlis pertukaran memorandum persefahaman bersama KMP dan MTDC telah diadakan baru-baru ini di ibu pejabat MOSTI di Putrajaya.

Majlis tersebut telah disaksikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dan dihadiri oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPMB, Arshad Mohamed Ismail.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MTDC, Datuk Norhalim Yunus dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif & Ketua Pegawai Kewangan KMP, Yarham Yunus.

Mengulas kerjasama tersebut, Arshad berkata, ia akan dapat menyediakan akses pembiayaan yang bakal memberi manfaat kepada segmen pasaran yang lebih luas.

“Pada masa yang sama, kolaborasi ini juga diharap dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan melalui pemboleh digital untuk mengangkat keperluan digitalisasi dan automasi perniagaan yang kian pesat berkembang.

“Kami berharap agar usaha kerjasama strategik ini dapat membuahkan hasil dan kami berhasrat untuk memanfaatkan kekuatan dan kepakaran kolektif semua pihak dalam usaha menzahirkan simbiosis yang sempurna demi menjaga kepentingan untuk memperjuang inisiatif Industri 4.0 Malaysia,” katanya.

Yarham pula berkata, inisiatif IDTS itu adalah selaras dengan wawasan kerajaan untuk mewujudkan negara berpendapatan tinggi.

“Kami percaya dengan memanfaatkan pengetahuan dan pengalaman KMP dalam aplikasi teknologi sektor elektrik & elektronik, kita akan dapat mencapai sasaran ini,” katanya.

Seemntara itu, Norhalim berkata, melalui kolaborasi itu, MTDC akan membantu mempercepatkan penerapan industri teknologi yang berkaitan dengan Industri 4.0.

Katanya, penerapan Industri 4.0 sangat penting untuk meningkatkan sumbangan sektor pembuatan dan perniagaan lain yang berkaitan dengan teknologi kepada ekonomi negara.

“MTDC akan memudahkan pelaksanaan IDTS dengan pendanaan P2P (IDTS-P2P) oleh BPMB dan akan memberikan nasihat teknikal mengenai sektor teknologi dan hal-hal lain yang berkaitan dengan BPMB,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.