Kanak-kanak 10 tahun hilang, dikhuatiri lemas di Sungai Nilam

Kanak-kanak 10 tahun hilang, dikhuatiri lemas di Sungai Nilam

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan jam 2.35 petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai dihanyutkan arus di Sungai Nilam, Sungai Selisek di sini pada petang Rabu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima laporan jam 1.40 tengah hari dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan jam 2.35 petang. 

Komander Operasi, PBK I Mohd Adnan Firdaus Abd Jamil, berkata operasi pencarian dijalankan di kawasan sungai dan sekitar lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Kerja-kerja pencarian sedang dijalankan oleh anggota bomba di lokasi,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Operasi berkenaan melibatkan lima anggota bersama aset sebuah jentera FRT, sebuah Hilux dan sebuah bot penyelamat.

Setakat ini mangsa masih belum ditemukan dan operasi pencarian diteruskan. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN