SkyWorld dapat 81% markah Qlassic - Utusan Malaysia

SkyWorld dapat 81% markah Qlassic

Pembinaan kompleks sukan SkyArena Sports KL yang berkualiti, membolehkannya mendapat pengiktirafan daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: SkyWorld Development Group (SkyWorld) menerusi pembinaan kompleks sukannya, SkyArena Sports KL (SASKL) menerima 81 peratus markah dalam penilaian Qlassic oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

Markah tinggi tersebut membuktikan SASKL mempunyai kualiti pembinaan yang cemerlang hasil kemahiran bermutu berpandukan Piawaian Industri Pembinaan (CIS).

Ketua Pegawai Operasi SkyWorld, Lee Chee Seng berkata, pengiktirafan tersebut akan menjadi pemangkin semangat untuk SkyWorld terus menghasilkan projek pembinaan yang berkualiti di seluruh negara baik dalam projek perumahan, kompleks sukan dan pembinaan lain.

“SASKL unik kerana ia terhubung dengan hotel sukan 84 bilik untuk penggemar sukan tempatan, serantau mahupun antarabangsa. Hotel sukan itu mampu menampung 177 pelang­gan dengan 79 bilik kongsi dua dan lima bilik kongsi tiga yang boleh ditempah secara individu atau berkumpulan.

“Dengan SASKL, kami menggabungkan kecemerlangan dalam membina ruang untuk berehat dan bersantai, selain menekankan kemudahan sukan untuk mencipta pengalaman ulung yang tidak didapati di tempat lain,” katanya dalam kenya­taan di sini.

SASKL adalah sebahagian daripada tanah perdana berkeluasan 11.33 hektar yang turut merangkumi kawasan perumahan berfasa iaitu Ascenda Residences dan Bennington Residences selain perumahan fasa ketiga yang akan dilancarkan kemudian.

Kompleks sukan dan riadah bertingkat itu menawarkan kemudahan sukan yang pelbagai selain dilengkapi hostel empat tingkat, kemudahan makan dan minuman dan tempat letak kereta tiga tingkat yang akan memenuhi keperluan penggemar sukan tempatan mahupun antarabangsa.

Antara kemudahan sukan yang disediakan ialah kolam renang dengan piawaian kolam renang Olimpik Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA); kolam selaman dalam; kemudahan selaman skuba; dua gelanggang futsal bersaiz standard; dewan badminton dengan 14 gelanggang standard Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dan gelanggang squasy untuk kegunaan awam serta profesional. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.