Permintaan minyak sawit meningkat - Utusan Malaysia

Permintaan minyak sawit meningkat

AHMAD PARVEEZ GULAM KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Permintaan minyak sawit semakin meningkat disebabkan kelonggaran sekatan pergerakan Covid-19 di kebanyakkan negara dan penyambungan semula aktiviti ekonomi.

Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, situasi itu akan memberi peluang kepada minyak sawit untuk pulih daripada kesan wabak berkenaan.

“Industri minyak sawit Malaysia nampaknya cepat menyesuaikan diri dengan norma baharu dan model perniagaan baharu setelah mengalami kejatuhan dalam eksport dan harga pada suku pertama 2020 kerana wabak Covid-19.

“Eksport minyak sawit dari Jun hingga Oktober 2020 telah meningkat sebanyak 37.2 peratus kepada 8.35 juta tan daripada 6.09 juta tan pada Januari hingga Mei 2020,” katanya dalam ucaptama di Persidangan dan Ekspo Maya Minyak Sawit Dunia hari ini.

Kenyataan beliau dikeluarkan oleh MPOB di sini.

Ahmad Parveez memberitahu, pada suku pertama 2020, eksport minyak sawit ke China turun sebanyak 15.7 peratus kepada 481.652 tan metrik daripada 571,253 tan metrik disebabkan oleh penutupan wilayah.

Beliau berkata, dari Januari hingga Mei 2020, eksport minyak sawit turun 23.9 peratus tahun ke tahun.

Ia dipengaruhi oleh permintaan global yang lemah akibat sekatan pergerakan yang dikenakan di kebanyakan negara pengimport dan pengeluaran, katanya.

Namun, pada suku kedua dan ketiga tahun ini, eksport minyak sawit ke China pulih sebanyak 61.3 peratus kepada masing-masing 776.829 tan metrik dan 7.3 peratus kepada 833.558 tan metrik.

Ahmad Parveev berkata, eksport minyak sawit ke India pula, antara negara pengimport utama minyak sawit Malaysia, meningkat pada Jun dan Julai lalu.

Eksport minyak sawit ke Kesatuan Eropah (E) pada Mac pula berjumlah 194,260 tan metrik dan April (207,640 tan metrik), katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya