Isu penempatan Rohingya perlu dibawa ke Kabinet

Isu penempatan Rohingya perlu dibawa ke Kabinet

JOHAN ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT: Penyelesaian yang lebih menyeluruh perlu dirangka bagi menangani isu penempatan komuniti Rohingya di Selangor kerana tindakan penguatkuasaan semata-mata tidak mampu menyelesaikan masalah tersebut secara tuntas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua, Datuk Johan Abd Aziz berkata, isu penempatan Rohingya perlu dibawa ke peringkat Kabinet kerana tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan setakat ini hanya menyebabkan penghuni berpindah ke lokasi lain tanpa menyelesaikan punca sebenar masalah berkenaan.

Menurut beliau, kerajaan perlu merangka satu dasar yang lebih menyeluruh supaya isu itu dapat ditangani dengan lebih berkesan.

“Jika operasi dijalankan di satu kawasan, mereka akan berpindah ke lokasi lain. Sampai bila perkara ini hendak berterusan?

“Sebab itu saya mencadangkan satu kertas cadangan disediakan dan dibawa ke Kabinet bagi membincangkan penyelesaian jangka panjang terhadap isu ini,” katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua di sini.

Jelas Johan, berdasarkan maklumat yang diterimanya, selepas operasi penguatkuasaan dijalankan di penempatan haram di Kampung Baru Sungai Makau pada Februari tahun lalu, terdapat penghuni yang berpindah ke Sungai Tekali.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat memastikan sama ada mereka merupakan individu yang sama pernah mendiami bangunan empat tingkat yang tular.

Beliau berkata, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hulu Langat telah mendapatkan anggaran kos bagi kerja-kerja merobohkan bangunan yang dikaitkan dengan penempatan komuniti Rohingya di Kampung Baru Sungai Makau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN