Malaysia atasi China, Jepun - Utusan Malaysia

Malaysia atasi China, Jepun

PENGGUNAAN TEK. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia menewaskan beberapa negara kuasa besar Asia termasuk China, Jepun dan India dalam Indeks Kos Menjalankan Perniagaan (CODB).

Indeks hasil penyelidikan KPMG itu menilai kebolehsai­ngan ekonomi sesebuah negara sebagai sebuah hab pembuatan dan Malaysia menduduki tempat keempat daripada 17 negara.

Rakan Kongsi Pengurusan KPMG di Malaysia, Datuk Johan Idris berkata, kedudukan Malaysia dalam indeks tersebut mengesahkan kemampuan negara ini sebagai hab pembuatan bagi pelabur walaupun ketika ini berhadapan dengan ketidaktentuan.

“Impak segera pandemik Co­vid-19 menyaksikan syarikat di seluruh dunia menyemak semula rantaian bekalan mereka. Kajian oleh McKinsey menjangkakan 16 hingga 26 peratus eksport global bernilai AS$2.9 trilion (RM12.06 trilion) hingga AS$4.6 trilion (RM19.12 trilion) mungkin beralih ke negara baharu dalam tempoh lima tahun akan datang jika syarikat merombak rangkaian bekalannya.

“Kajian KPMG membuktikan bahawa kami mempunyai faktor untuk membantu Malaysia meningkatkan rantaian nilai produksi. Ia dapat dicapai dengan bertindak tangkas serta membina ketahanan supaya kita mampu mengekalkan kele­bihan persaingan dan terius menjadi destinasi pilihan untuk pelaburan berkualiti tinggi,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Indeks CODB menilai 17 buah negara termasuk Amerika Syarikat (AS), Korea Selatan, United Kingdom (UK), Kanada dan Taiwan.
Indeks tersebut menilai setiap negara menggunakan dua indikator iaitu kos primer – kos yang memberi impak secara terus kepada firma dan kos sekunder – kos overhed dan kemampuan firma beroperasi secara berkesan.

Untuk kos primer, Malaysia berada pada ranking pertama, berkongsi tempat bersama China, Mexico dan Vietnam manakala untuk kos sekunder Malaysia berada di tempat ke-11.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif InvestKL, Muhammad Azmi Zulkifli berkata, Malaysia mempunyai persekitaran ekonomi yang dapat menarik banyak perniagaan untuk beroperasi.

Katanya, kerajaan Malaysia dikenali sebagai kerajaan yang mesra peniaga selain kos memulakan perniagaan yang kompetitif. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya