Lebihan dagangan RM22.1 bilion - Utusan Malaysia

Lebihan dagangan RM22.1 bilion

Malaysia terus merekodkan lebihan dagangan yang kukuh di sebalik kemelut ekonomi global dan domestik akibat penuaran wabak Covid-19. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lebihan dagangan Malaysia kekal kukuh pada Oktober, berjumlah RM22.1 bilion meningkat 25.9 peratus daripada tempoh sama tahun lalu.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, jumlah eksport negara pada bulan dilaporkan berjumlah RM91.1 bilion meningkat 0.2 peratus daripada tahun lalu dan merupakan nilai eksport bulanan kedua tertinggi dicatatkan tahun ini.

Beliau berkata, pertumbuhan eksport didorong oleh eksport domestik yang meningkat 1.5 peratus daripada RM72.3 bilion pada Oktober 2019 kepada RM73.4 bilion.

“Nilai eksport semula berjumlah RM17.6 bilion, yang menyumbang 19.3 peratus kepada jumlah eksport. Ia merupakan penurunan sebanyak 4.9 peratus berbanding Oktober 2019,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mohd. Uzir berkata, bagi tempoh berkenaan, import negara mencatatkan penurunan enam peratus tahun ke tahun kepada RM68.9 bilion. Ia adalah penurunan bulan kelapan berturut-turut sejak Mac lalu.

Sementara itu, jumlah dagangan negara pada Oktober 2020 bernilai RM160 bilion, menyusut 2.5 peratus tahun ke tahun daripada tempoh sama tahun lalu.

Menurut Jabatan Perangkaan, peningkatan eksport disumbangkan oleh eksport yang lebih tinggi ke Amerika Syarikat sebanyak RM2.3 bilion, manakala eksport ke China menokok RM664.6 juta, India (RM471.3 juta) dan Kesatuan Eropah (RM348.9 juta).

Sementara penurunan import pula membabitkan Singapura sebanyak RM2.9 bilion, Australia (RM1.4 bilion), Thailand (RM431.4 juta) dan Arab Saudi (RM427.6 juta).

“Produk utama yang menyumbang kepada peningkatan eksport adalah keluaran getah (RM2.9 bilion), minyak kelapa sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit (RM1.7 bilion) dan barangan elektrik dan elektronik (RM1.1 bilion).

“Sementara penurunan import dicatatkan bagi barangan perkilangan logam turun RM947.1 juta, barangan besi dan keluli (RM891.1 juta); keluaran petroleum (RM771.1 juta) dan jentera, kelengkapan dan peralatan (RM612.1 juta),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya