Warga emas hidap demensia hilang di Setapak, keluarga mohon bantuan kesan mangsa

Warga emas hidap demensia hilang di Setapak, keluarga mohon bantuan kesan mangsa

SURIYANI Samsuri memohon bantuan orang ramai untuk mengesan atoknya
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang warga emas dilaporkan hilang sejak 11 hari lalu selepas dipercayai keluar dari rumah anaknya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas, Setapak di sini.

Kehilangan Ismail Rasep, 76, yang mengalami masalah demensia atau nyanyuk disedari menantunya pada pukul 2 petang, 18 Mei lalu.

Cucunya, Suriyana Samsuri, 25, berkata, laporan polis berkait kehilangan telah dibuat di Balai Polis Setapak.

Katanya, datuknya dipercayai keluar rumah selepas makan tengah hari bersama bapanya pada hari kejadian.

“Atuk keluar selepas makan tengah hari tanpa pengetahuan ayah. Atuk cakap mahu pergi basuh tangan dan selepas itu ayah sedar dia tiada di rumah sebelum segera mencarinya.

“Atuk pelupa dan kami risau jika orang tanya maklumat diri, rumah dan keluarga dia tak boleh ingat. Atuk juga keluar sehelai sepinggang dan tanpa dokumen,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Suriyana berkata, pergerakan keluar datuknya juga dirakam melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di blok perumahan dan Ismail kali terakhir memakai kemeja-T berwarna putih serta berseluar panjang hijau gelap.

“Keluarga sudah mencari atuk di banyak tempat tetapi setakat ini masih belum ditemui. Kami sekeluarga sangat risaukan keadaannya,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Suriyana di talian 017-6072043 atau ibunya, 017-3200664. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN