India kurangkan duti import sawit - Utusan Malaysia

India kurangkan duti import sawit

Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) giat mempromosikan pensijilan MSPO bagi memastikan pengeluaran minyak sawit mampan yang dihasilkan Malaysia. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DELHI: India akan menurunkan duti import produk kelapa sawit dalam usaha mengurangkan kesan kenaikan harga komoditi itu ke atas rakyatnya.

India yang merupakan negara pembeli terbesar minyak sawit dunia, telah mengurangkan duti import daripada 37.5 peratus kepada 27.5 peratus, jelas kenyataan Kementerian Kewangan negara itu.

Pengurangan itu dilaporkan berkuat kuasa semalam.

India merekodkan peningkatan import minyak sawit lebih dua pertiga dalam tempoh tiga bulan lalu. Pengurangan duti import dijangka akan melonjakkan penghantaran minyak sawit, bahan yang digunakan dalam hampir kebanyakan produk termasuk minyak masak dan shampu.

Permintaan tinggi minyak sawit dari India dan China dilaporkan telah membantu me­lonjakkan pasaran komoditi itu di Malaysia yang menyaksikan peningkatan kira-kira 66 peratus, selepas mengalami kejatuhan sejak Mei.

Keputusan terbaharu kerajaan itu juga bakal membantu masa hadapan komoditi itu di Malaysia dan Indonesia, dua negara pengeluar utama minyak sawit dunia.

Menurut kajian AmSpec Agri, eksport minyak sawit dari Malaysia susut hampir 19 peratus kepada 1.15 juta tan metrik bagi tempoh 1 hingga 25 November ini, daripada tempoh sama bulan lalu.

Pengarah Eksekutif Solvent Extractor Association India, B. V. Mehta bagaimanapun berkata, pengurangan duti import tersebut akan menjejaskan petani tempatan yang kini menanam tanaman musim sejuk.

“Kerajaan telah membuat keputusan berdasarkan kepen­tingan pengguna. Justeru, adalah lebih baik sekiranya kerajaan turut mengurangkan duti import ke atas produk minyak yang lain,” katanya.

Menurut Kementerian Pertanian, India dijangka merekodkan peningkatan hasil mi­nyak bijian sebanyak 15 peratus kepada 25.73 juta tan metrik bagi tempoh 2020 hingga 2021. Pengeluaran minyak kacang soya juga dijangka meningkat kepada 13.58 juta tan metrik daripada 11.22 juta tan metrik sebelumnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya