Focus Dynamics peroleh 12.19% kepentingan Brahims - Utusan Malaysia

Focus Dynamics peroleh 12.19% kepentingan Brahims

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Focus Dynamics Group Bhd. mengumumkan telah memperoleh 12.19 peratus kepentingan dalam peneraju perkhidmatan katering dalam penerbangan, Brahims.

Menurut Focus Dynamics, pemerolehan itu sejajar dengan strategi syarikat bagi memperluas aset portfolio makanan dan minumannya (F&B) serta memperbaharui model perniagaan tradisional kepada teknologi digital menerusi kepentingan dalam dapur berpusat terbesar di Malaysia.

Katanya, pembelian kepentingan itu juga membolehkan Focus Dynamics kerjasama kukuh dengan syarikat yang telah menempa nama dalam penyediaan kualiti dan kecekapan perkhidmatan F&B.

Focus Dynamics berkata, ia juga sejajar dengan pelan syarikat untuk merubah perkhidmatan F&B kepada persekitaran lebih moden dan digital apatah lagi Brahims diakui mempunyai dapur pusat halal terbesar dunia yang menampung sehingga 60,000 makanan sehari.

Pengarah Eksekutif Focus Dynamics, Benson Tay Ben Seng berkata, syarikat itu merancang untuk mewujudkan platform operasi kukuh untuk memenuhi pelan perluasan dan pertumbuhannya.

“Dengan akses kerjasama ke dapur berpusat yang besar, rekod prestasi boleh dipercayai dan rangkaian logistik lengkap di samping gabungan konsep moden dan peningkatan pengalaman pengguna telah menjadi tumpuan utama Focus Dynamics.

Dalam pada itu, Focus Dynamics berkata, jalinan kerjasama dengan Brahims juga akan membuka pintu untuk jaringan perdagangan antarabangsa melalui syarikat penerbangan dan perkhidmatan katering dalam penerbangan bagi produk Focus Dynamics.

“Kami teruja dan tidak sabar untuk bekerjasama. Memiliki akses ke dapur berpusat terbesar dengan portfolio pelanggan yang ada, kami akan dapat merubah beberapa konsep operasi berdaya maju daripada pendekatan organik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.