Cathay Pacific tamatkan jenama Cathay Dragon - Utusan Malaysia

Cathay Pacific tamatkan jenama Cathay Dragon

Kemelut Covid-19 memaksa Cathay Pacific mengurangkan sehingga 5,900 kakitangan dan menamatkan operasi Cathay Dragon. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YDNEY: Syarikat penerbangan Hong Kong, Cathay Pacific Airways Ltd. terpaksa mengurangkan sehingga 5,900 kakitangan dan menamatkan jenama serantau Cathay Dragon dalam usaha memotong kos susulan kemelesetan akibat pandemik Covid-19.

Cathay Pacific dalam makluman kepada Bursa Hong Kong juga dikatakan bakal mengubah syarat dalam kontrak kru kabin dan juruterbang sebagai sebahagian daripada proses penstrukturan yang menelan kos AS$283.9 juta (RM1.18 bilion).

Secara keseluruhan, syarikat penerbangan itu akan mengurangkan sehingga 8,500 jawatan atau 24 peratus daripada jumlah pekerja merangkumi 2,600 jawatan yang belum diisi kerana inisiatif pengurangan kos.

Ketua Eksekutif Cathay, Augustus Tang dalam satu kenyataan berkata, pandemik yang berlaku ketika ini terus memberi kesan buruk kepada syarikat penerbangan.

“Kebenarannya adalah kita perlu menyusun semula Cathay Pacific untuk terus bertahan,” katanya.

Singapore Airlines Ltd. dan syarikat penerbangan Australia, Qantas Airways Ltd. adalah antara syarikat penerbangan yang mengumumkan pemotongan gaji besar dengan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) meramalkan perjalanan penumpang tidak akan pulih sehingga 2024.

Cathay yang mempunyai kira-kira 40 peratus pesawat di luar Hong Kong merancang untuk beroperasi dengan kurang 50 peratus daripada kapasiti sebelum penularan Covid-19 pada tahun lalu.

Selepas menerima suntikan AS$5 bilion (RM20.72 bilion) daripada kerajaan Hong Kong Jun lalu, Cathay Pacific telah menjalankan penilaian strategik dengan penganalisis menjangkakan bakal mengakibatkan kehilangan banyak pekerja.

Syarikat penerbangan itu menanggung dana 1.5 bilion (RM800 juta) hingga 2 bilion (RM1.07 bilion) dolar Hong Kong sebulan dengan penstrukturan semula akan menyebabkan aliran keluar sebanyak 500 juta dolar Hong Kong (RM266.82 juta) sebulan tahun hadapan manakala pemotongan gaji kakitangan kanan akan diteruskan.

Penganalisis antarabangsa BOCOM, Luya You pula menjangkakan hala tuju lebih strategik daripada syarikat penerbangan mengenai pelan pesawat dan jaringan laluan sebagai satu daripada rancangan penstrukturan semula.

“Sekiranya mereka mendedahkan rancangan lebih banyak mengenai pesawat bagi tahun 2021 hingga 2022, kita akan dapat gambaran lebih baik mengenai prospek mereka,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya