Proton X50 boleh ditempah mulai hari ini - Utusan Malaysia

Proton X50 boleh ditempah mulai hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas pelbagai spekulasi mengenai model baharu, Proton Holdings Bhd. akhirnya secara rasmi memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) baharunya, Proton X50, semalam.

Menurut Proton dalam kenyataan, SUV segmen-B itu boleh ditempah di semua bilik pameran Proton dengan bayaran RM500 bermula hari ini dengan sesi pratonton untuk pelanggan akan diadakan secara pintu tertutup di empat lokasi berlainan mulai 19 September ini.

Selain pembukaan tempahan dan sesi pratonton, Proton turut mengadakan pengundian slogan untuk X50 di mana semua rakyat Malaysia digalakkan mengundi slogan paling sesuai dan maklumat terperinci boleh didapati di laman web rasmi syarikat itu.

Model SUV X50 yang telah lama dinanti-nantikan itu mula dihasilkan di kilang pengeluaran baharu Proton yang telah siap dibina dengan kos RM1.2 bilion di Tanjung Malim, Perak.

Proton X50 adalah kenderaan kedua yang dilancarkan hasil perkongsian teknologi antara Proton dan Geely dan dibina atas platform BMA yang turut digunakan produk Geely dan Volvo.

SUV baharu itu hadir dengan enjin turbo, kotak gear DCT tujuh kelajuan dan sistem bantuan pemandu generasi baharu.

Pengerusi Proton, Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata, pelancaran X50 dijangka mendorong kadar peningkatan jualan selepas pandemik Covid-19 memberi kesan negatif kepada industri automotif.

Kata Syed Faisal Albar, Proton satu-satunya jenama automotif yang berjaya mengatasi jualan keseluruhan pada akhir Ogos 2020 berbanding dengan tempoh sama tahun lalu.

“Sebagai syarikat pengeluaran kenderaan tempatan, pertumbuhan jualan Proton akan menambah perbelanjaan dalam ekosistem pembekal automotif dan secara langsung, ia juga akan menambah peluang pekerjaan. Ini amat penting memandang­kan ekonomi Malaysia sedang mengalami pergolakan akibat kesan Covid-19,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.