Pengasas Public Bank terima anugerah dari Vietnam - Utusan Malaysia

Pengasas Public Bank terima anugerah dari Vietnam

Teh Hong Piow diapit oleh Tay Ah Lek (kiri) dan Pengerusi Bukan Eksekutif Bebas, Lai Wan menerima anugerah dalam satu majlis di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengasas Public Bank Berhad (Public Bank), Tan Sri Dr. Teh Hong Piow menerima anugerah Sumbangan Luar Biasa dalam Mempromosi Kecemerlangan Kerja dan Memperkasa Kesatuan Sekerja 2019 daripada Kesatuan Sekerja Perbankan Vietnam.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Emeritus, Pengarah dan Penasihat Public Bank menerima anugerah tersebut sebagai pengiktirafan atas sumbangan luar biasa beliau dalam memperkenal dan mengekalkan budaya korporat yang teguh selain berjaya meningkatkan kesejahteraan kakitangan Public Bank Vietnam Limited (PBVN).

Dalam ucapannya, Hong Piow menegaskan pembangunan bakat baharu sangat penting dalam perjalanan keusahawanan sesebuah syarikat.

“Untuk berada pada kedudukan sekarang, untuk diiktiraf sebagai kakitangan yang komited terhadap kesejahteraan dan peningkatan bakat kakitangan kami, orang itu perlu memikul tanggungjawab untuk sentiasa meletakkan kepentingan kakitangan dalam setiap keputusan yang diambil.

“Setiap hari, apabila kakitangan datang kerja, mereka harus berpegang pada nilai korporat dan kod etika kerana mereka mengetahui betapa saya meletakkan kepercayaan kepada nilai utama seperti integriti, kerja keras, komitmen dan profesionalisme,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Public Bank, Tan Sri Tay Ah Lek berkata, penerimaan anugerah tersebut adalah saat membanggakan bagi semua kakitanganbank itu yang turut berkongsi pencapaian peribadi Hong Piow.

“Tan Sri (Hong Piow) percaya bahawa penghormatan dan pengaruh syarikat bergantung pada sifat baik dan standard yang syarikat mampu bangunkan dan kekalkan.

“Untuk memastikan kelangsungan korporat syarikat, Tan Sri (Hong Piow) terus menyemai nilai korporat utama yang teguh dalam diri kami iaitu berintegriti, cekap dan profesional, bekerja keras dan berhemat,” katanya.

Hong Piow merupakan penerima pertama anugerah itu yang merupakan bukan pemastautin Vietnam.

Sehingga hari ini, beliau telah memenangi kira-kira 50 anugerah pencapaian seumur hidup dan anugerah kepimpinan teladan manakala Public Bank pula telah menerima 600 anugerah kecemerlangan penghormatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya