fbpx

26 Oktober 2020, 6:31 pm

  TERKINI

Industri perbankan berdaya tahan, kukuh

(Dari kiri) Ketua Perbankan Runcit Kumpulan RHB Bank, Rakesh Kaul; Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti Malaysia Maybank, Datuk Hamirullah Boorhan; Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Bank, Domenic Fuda; Abdul Rahman Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd. Muazzam Mohamed; Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Rosman Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK), Azaddin Ngah bergambar selepas sesi Meja Bulat Media Bersama CEO Bank Terpilih dan AKPK di Sasana Kijang Bank Negara Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.- UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Walaupun berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi namun industri perbankan negara diyakini terus berdaya tahan dan mampu berkembang kukuh.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CIMB Group Holdings Berhad, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, bank-bank di Malaysia berupaya menyerap segala kejutan lebih-lebih lagi selepas penularan pandemik Covid-19.

Katanya, kedudukan ekonomi juga akan terus menunjukkan pemulihan sekiranya industri perbankan mengukuh dan mampu memberi pembiayaan sekali gus memastikan ekonomi semakin berkembang.

“Saya rasa industri perbankan negara berada dalam kedudukan kukuh berbanding krisis kewangan pada tahun 1997.

“Saya yakin sekiranya kita berjaya mengawal penularan pandemik Covid-19 dan dengan pemulihan ekonomi menerusi usaha yang dilakukan kerajaan, maka ekonomi boleh berkembang semula,” katanya ketika sesi Meja Bulat Media Bersama CEO Bank Terpilih dan AKPK di Sasana Kijang Bank Negara Malaysia (BNM) di sini, semalam.

Turut hadir, CEO Bank Rakyat, Datuk Rosman Mohamed; CEO AKPK, Azaddin Ngah; CEO Bank Islam Malaysia Bhd., Mohd. Muazzam Mohamed; CEO Hong Leong Bank, Domenic Fuda; Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti Malaysia Maybank, Datuk Hamirullah Boorhan dan Ketua Perbankan Runcit Kumpulan RHB Bank, Rakesh Kaul.

Dalam pada itu, Rakesh berkata, kualiti aset bank-bank di Malaysia selepas berakhirnya moratorium pada 30 September ini dijangka lebih baik dalam tempoh tiga hingga enam bulan akan datang.

Beliau berkata, industri perbankan sememangnya menghadapi cabaran susulan penularan Covid-19 dan pelaksanaan moratorium secara automatik.

“Jika kita lihat daripada prestasi kewangan dalam suku kedua, kebanyakan bank sememangnya menghadapi cabaran diterjemahkan menerusi rosot nilai yang dilakukan.

“Kita tidak mempunyai bola kristal tetapi tetapi apa yang menarik selepas berakhirnya moratorium, kualiti aset akan lebih baik dan berada dalam keadaan sebelum Covid-19 dalam tiga hingga enam bulan,” katanya. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN