SK Guakon Baru pecah rekod bina jambatan kebangsaan 2026

SK Guakon Baru pecah rekod pertandingan bina jambatan kebangsaan 2026

Sekolah Kebangsaan (SK) Guakon Baru, Tamparuli berjaya memecahkan rekod 2025 dalam Pertandingan Bridge Building Kebangsaan 2026 di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sekolah Kebangsaan (SK) Guakon Baru, Tamparuli, Sabah memecahkan rekod peringkat negeri 2025 dalam Pertandingan Bridge Building Kebangsaan 2026 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

SK Guakon Baru berjaya memperbaharui rekod pencapaian Sabah di peringkat kebangsaan dengan meningkatkan kapasiti tampungan beban jambatan daripada 225 kilogram pada 2025 kepada 245 kilogram tahun ini.

Kejayaan itu membuktikan kekurangan kemudahan serta kedudukan sekolah di kawasan luar bandar bukan penghalang murid SK Guakon Baru menyerlah dan bersaing di peringkat kebangsaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Setiausaha Politik Kementerian Kerja Raya dan Utiliti Sabah, Dr Bonaventure Boniface, merakamkan penghargaan kepada barisan guru, pentadbiran sekolah, persatuan ibu bapa guru (PIBG), ibu bapa serta semua pihak yang memberi bimbingan dan sokongan kepada pasukan sekolah itu.

“Saya berharap kejayaan itu menjadi inspirasi kepada lebih ramai murid, terutama sekolah luar bandar terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pendidikan, inovasi dan teknologi.

“Syabas SK Guakon Baru dan teruskan melakar kejayaan dan mengharumkan nama Sabah,” katanya yang juga Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Tamparuli.

Beliau mengakui masih ingat ketika menerima kunjungan rombongan guru dan murid sekolah itu sebelum mereka berangkat ke Kuala Lumpur.

Menurut beliau, mereka membuktikan bahawa kesungguhan, disiplin dan kerja keras mampu membuahkan kejayaan membanggakan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini