Goodday Milk lancar susu pisang UHT - Utusan Malaysia

Goodday Milk lancar susu pisang UHT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jenama susu kegemaran rakyat Malaysia sejak 1968, Goodday Milk telah melancarkan varian baharu Goodday Susu Pisang UHT sempena Goodday Milk Fest 2020 dengan rasa berkrim dan sedap.

Susu Pisang UHT itu yang tersedia dalam pek 200 dan 250 mililiter (ml) di semua pasar raya besar, pasar raya, kedai serbaneka dan pelbagai kedai lain.

Hadir dengan manfaat susu dan rasa menarik pisang yang enak, Susu Pisang Goodday UHT tidak mengandungi bahan pengawet dan kaya dengan nutrien seperti protein, kalsium, vitamin D, B2 dan B6 yang penting untuk pemakanan.

Pelancaran produk baharu itu juga merupakan inovasi yang enak oleh Goodday Milk sebagai penghargaan kepada pengguna setia mereka dengan varian baharu menarik semasa Goodday Milk Fest 2020.

“Di Goodday Milk, kami selalu berusaha untuk menginovasi produk kami agar sesuai dengan permintaan dan citarasa pengguna.

“Pada masa lalu, kami telah memperoleh penghargaan pelanggan dengan memperkenalkan varian seperti madu, teh hijau dan kurma. Kami berharap agar pengguna menikmati Susu Pisang Goodday UHT dan Goodday Milk Fest 2020 kami yang tersedia ketika ini,” kata Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Perniagaan Alternatif Etika Sdn. Bhd., T. S. Santharuban.

Sebagai menjadi jenama berpusatkan komuniti, Goodday Milk juga akan memberi penghargaan kepada pengguna setia dengan tawaran menarik dan kebaikan susu sepanjang Goodday Milk Fest 2020 termasuk Susu Pisang Goodday UHT baharu.

Pencinta susu boleh membeli satu pek Susu UHT 1L Goodday dengan harga RM5.29 tidak termasuk Susu UHT 1L Goodday Charge dari 25 hingga 29 September.

Promosi itu berlaku di semua pasar raya dan pasar raya besar di Semenanjung Malaysia seperti AEON, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, HeroMarket, KK Super Mart, Matahari, Sunshine, Tesco, TF Value-Mart, The Store, Pacific dan Village Grocer.

Dalam tempoh yang sama, gerai Shell Select yang mengambil bahagian di seluruh negara juga akan mengadakan promosi satu paket Susu Kurma Goodday UHT 200ml atau Susu Coklat Goodday UHT 200ml secara percuma dengan setiap pembelian dua bungkus Susu UHT Goodday 250ml.

Kedai myNews.com dan Kedai Mesra Petronas turut mengadakan pelbagai promosi dalam bulan ini hingga Oktober hadapan.

Goodday Milk Fest 2020 juga akan memperluas tawaran ke Happy Mart Pulau Pinang dan Orange Convenience Sabah dari 15 hingga 30 September dengan pengguna boleh membeli dua pek varian Susu UHT Goodday 200ml pada harga RM3.50 termasuk Susu Pisang Goodday UHT yang baharu.

Promosi itu turut berlangsung di Malaysia Timur menerusi peruncit terkenal termasuk Bataras, Bestamart, Boulevard, CKS, Emart, Everwin, Farley, Golden Dragon City, New World dan Sunny Supermarket,

Pelanggan akan menerima sebungkus Susu UHT Goodday 200ml varian kurma, teh hijau atau madu secara percuma dengan setiap pembelian Susu UHT Goodday 1L dari 25 hingga 29 September.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai inisiatif dan aktiviti Goodday Milk, boleh layari laman Facebook Goodday Milk Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya