Situasi saya dan Rafizi berbeza – Azmin

Situasi saya dan Rafizi berbeza – Azmin

MOHAMED AZMIN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Masa hadapan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli kini bergantung sepenuhnya kepada kepe­mimpinan PKR bagi menentukan sama ada beliau masih relevan dalam parti atau sebaliknya.

Bekas Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, situasi dihadapi Rafizi tidak sebaiknya apabila hampir seluruh pasukan yang menyokongnya ditumbangkan dalam pemilihan parti walaupun sistemnya dipertikaikan oleh ahli-ahli PKR sendiri.

“Cuma situasi saya dahulu, sedikit berbeza dengan yang dialami Rafizi. Ketika itu (pada pemilihan PKR 2018) saya mendapat tentangan daripada Rafizi yang memperoleh dukungan daripada Anwar (Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan keluarganya.

“Namun, (usaha) menjatuhkan saya gagal. Malah, majo­riti atau dua pertiga pimpinan dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) ketika itu adalah bersama saya termasuk sayap Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wa­nita PKR,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Jelasnya, situasi yang berlaku adalah gabungan Anwar dan keluarganya berjaya menjatuhkan Rafizi termasuk penyokong-penyokongnya dalam MPP sebelum ini.

Mohamed Azmin yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, menganggap tindakan yang dihadapi Rafizi secara tidak langsung melemahkan kepemimpinan PKR sendiri kerana tiada lagi pemimpin yang boleh mempertahankan dasar dan idealisme parti.

“Semakin hari, semakin rakus bukan sahaja (serangan) dari luar yang mempertikaikan kegagalan PKR sebagai sebuah kerajaan. Pemimpin-pemimpin utama PKR sendiri mempertikaikan secara terbuka.

“Pada minggu lalu, Rafizi bersama tujuh ahli parlimen dan pemimpin utama dalam PKR menyerang parti atas alasan ke­gagalan untuk me­lakukan reformasi (sistem kehakiman) seperti yang dijanjikan. Jadi, saya lihat PKR sedang bergelut,” katanya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Rafizi yang juga bekas Menteri Ekonomi, dalam sidang akhbarnya pada 7 Julai lalu secara terbuka mengkritik kerajaan berhubung prosiding Jawatankuasa Khas Hak Asasi Manusia dan Hal Ehwal Perlembagaan mengenai reformasi institusi dan ketua hakim negara.

Gesaan itu dibuat beliau selepas tidak lagi memegang jawatan Timbalan Presiden PKR apabila tewas kepada Nurul Izzah Anwar dalam pemilihan parti pada Mei lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN