Etanol: Brazil bertindak balas - Utusan Malaysia

Etanol: Brazil bertindak balas

Pekerja memeriksa kilang pengeluaran etanol di Sao Paulo, Brazil. Brazil merupakan antara pengeluar etanol terbesar di dunia. – gambar hiasan/AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO: Brazil me­ngenakan semula tarif sebanyak 20 peratus ke atas etanol import dari Amerika Syarikat (AS) sebagai tindak balas kepada tindakan pentadbiran Presiden Do­nald Trump yang melobi menarik balik pengecualian cukai ke atas industri yang dianggap penting atas dasar politik.

Negara Amerika Latin itu sebelum ini menikmati penge­cualian tarif import etanol ke AS sebanyak 750 juta liter setahun, tetapi kemudahan tersebut tidak diperbaharui selepas tamat kelmarin, kata pegawai.

“Ia isu sangat sensitif,” kata seorang pegawai kepada AFP, sambil menambah kemungkinan jawatan kuasa peringkat kementerian akan bermesyuarat dalam waktu terdekat untuk memutuskan perkara tersebut.

Duta Bazil ke AS, Todd Champman dilaporkan be­kerja keras untuk melobi supaya pengecualian tersebut dikekalkan.

Champman dilaporkan telah dipanggil oleh Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negara AS berikutan dakwaan telah melanggar undang-undang yang melarang pegawai persekutuan terbabit dalam aktiviti kepartian apabila beliau membe­ritahu rakan sejawatnya, pembaharuan cukai etanol boleh membantu pemilihan semula Trump.

Etanol merupakan eksport produk pertanian utama di Iowa, AS, negeri yang menjadi ‘medan pertarungan’ untuk pemilihan November ini.

Presiden Brazil, Jair Bolsonara kerap dilaporkan cuba menjalin hubungan rapat de­ngan Trump apabila menyifatkan Presiden AS itu pemimpin yang dikaguminya.

Namun, ia tidak menghalang beliau daripada menerima ‘angin kemarahan’ Trump. Minggu lalu, AS mengumumkan akan mengurangkan kuota import keluli dari Brazil.

Perkembangan itu menaikkan kemarahan Boslonara yang pada tahun lalu berjaya memujuk Trump untuk mengecua­likan Brazil daripada tarif import keluli yang dilaksanakan kuasa besar itu pada 2018.

Isu etanol lebih rumit kerana Bolsonaro turut cuba melobi sokongan golongan petani yang mempunyai pengaruh besar di negaranya.

Etanol merupakan perniagaan utama bagi pengeluar gula di Brazil. Mereka turut mendesak AS mengecualikan tarif bagi pasaran gula di negara berkenaan.

Brazil dan AS merupakan pengeluar utama etanol dunia dengan menghasilkan kira-kira 85 peratus keluaran global. Tahun lalu, eksport etanol AS ke Brazil berjumlah lebih 1.25 bi­lion liter dan mengimport 738 juta liter bahan itu dari negara berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya