China tolak perjanjian jual beli TikTok di AS? - Utusan Malaysia

China tolak perjanjian jual beli TikTok di AS?

BYTEDANCE telah mengatasi nilai syarikat ternama seperti Exxon Mobil Corp. dan Coca Cola Co. dengan nilai AS$250 bilion yang dicapainya baru-baru ini. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI: Perjanjian yang dimeterai syarikat penyedia aplikasi China, ByteDance bersama Oracle Corp. dan Walmart Inc. berhubung masa depan platform penstriman video, TikTok mungkin tidak mendapat persetujuan kerajaan China seperti dilaporkan akhbar The Global Times.

Sebelum ini, ByteDance memutuskan untuk menubuhkan anak syarikat di Amerika Syarikat (AS), TikTok Global yang akan dimiliki secara bersama oleh Oracle dan Walmart.

Dalam masa yang sama, Oracle dan Walmart memberitahu ahli lembaga pengarah TikTok Global akan terdiri daripada rakyat AS sebagai satu cara meredakan pentadbiran Presiden AS, Do­nald Trump yang merancang untuk melarang TikTok beroperasi atas alasan keselamatan.

“Sudah jelas syarat yang ditetapkan ini menunjukkan cara pembulian Washington. Mereka telah menjatuhkan martabat, kepentingan dan ke­selamatan negara China,” kata artikel itu dalam versi bahasa Inggeris yang diterbitkan semalam yang turut disiarkan dalam edisi bahasa Cina akhbar itu.

Penulis yang tidak dikenali itu turut membantah syarat bahawa empat daripada lima kerusi dalam lembaga pengarah TikTok Global diduduki warga AS dengan hanya satu dikhaskan untuk warganegara China serta penyertaan ‘Pengarah Keselamatan Nasional’ yang diluluskan AS.

Artikel itu juga mengecam syarat ByteDance perlu mendedahkan kod sumber TikTok kepada Oracle sebagai sebahagian daripada perjanjian pembelian selain pengurusan berasingan TikTok daripada syarikat China, Douyin.

“Memandangkan TikTok dan Douyin perlu mempunyai kod sumber yang sama, ini bermakna AS boleh mengetahui operasi Douyin.

“Sekiranya penstrukturan semula TikTok di bawah manipulasi AS menjadi model perniagaan, ini bermakna apabila mana-mana syarikat China yang berjaya mengembangkan perniagaannya ke AS dan menjadi kompetitif, ia akan disasarkan AS dan diubah menjadi syarikat yang dikuasai negara itu menerusi tipu daya dan paksaan yang akhirnya menguntungkan AS,” kata penulis itu.

The Global Times adalah tabloid yang diterbitkan People’s Daily, akhbar rasmi Parti Komunis yang berkuasa di China tetapi tidak bercakap untuk dan bagi pihak pemerintah, tidak seperti penerbitan induknya.

Sepanjang hujung minggu lalu, ByteDance dan Oracle mengumumkan bahawa mereka te­lah mencapai kesepakatan yang akan memenuhi permintaan Trump agar TikTok dijual kepada pembeli AS atau terpaksa ditutup.

Walau bagaimanapun, kedua-dua pihak telah merangka perjanjian itu secara berbeza.

ByteDance mengatakan TikTok Global akan menjadi anak syarikat yang mana mereka memiliki 80 peratus kepentingan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya