98 peratus permohonan lanjutan moratorium diluluskan - Utusan Malaysia

98 peratus permohonan lanjutan moratorium diluluskan

Abdul Rahman Ahmad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 98 peratus permohonan bantuan pembayaran balik pinjaman lengkap yang diterima dan diproses telah diluluskan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group Holdings Berhad (CIMB), Datuk Abdul Rahman Ahmad (gambar), institusi perbankan di negara ini telah menghubungi lebih dua juta peminjam untuk menawarkan bantuan pembayaran semula pinjaman setakat 11 September.

“Daripada dua juta peminjam yang dihubungi tersebut, 1.4 juta memberi respons dan 380,000 daripadanya mengesahkan masih memerlukan bantuan pembayaran semula pinjaman manakala bakinya sedang mempertimbangkan pilihan kewangan lain yang boleh diambil,” katanya ketika sesi Meja Bulat Media Bersama CEO Bank Terpilih dan AKPK di Sasana Kijang Bank Negara Malaysia (BNM) di sini, semalam.

Majlis tersebut turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Azaddin Ngah; Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Rosman Mohamed; Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd. Muazzam Mohamed; Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Bank, Domenic Fuda; Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti Malaysia Maybank, Datuk Hamirullah Boorhan dan Ketua Pembankan Runcit RHB Bank, Rakesh Kaul.

Daripada 380,000 peminjam yang memerlukan bantuan, 26,000 adalah dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), manakala selebihnya individu.
Melihat jumlah peminjam yang masih ramai belum mengesahkan mereka memerlukan bantuan, Abdul Rahman menggariskan beberapa faktor yang mungkin menjadi punca.

“Jika mereka memang tidak perlukan bantuan kerana sudah boleh membuat pembayaran semula, kita bersyukur sebab itu petanda ekonomi kita semakin pulih. Namun, mungkin juga ada antara mereka yang bimbang tentang status Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

“Orang ramai tidak perlu bimbang kerana fleksibiliti yang diberikan kepada peminjam sepanjang tempoh ini tidak akan terpapar laporan CCRIS peminjam,” katanya.

Untuk rekod, perkara sama pernah diumumkan BNM pada Julai lalu yang menjamin lanjutan moratorium tidak akan dipaparkan dalam laporan CCRIS peminjam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya