TNB, PIPP meterai PPA - Utusan Malaysia

TNB, PIPP meterai PPA

PERJANJIAN pembelian tenaga melibatkan operasi komersial blok janakuasa pertama dijangka beroperasi 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd. (TNB) mengumumkan telah memeterai perjanjian pembelian tenaga (PPA) dengan Pulau Indah Power Plant Sdn. Bhd. (PIPP) yang dahulunya dikenali sebagai Tadmax Indah Power Sdn. Bhd. untuk proses pembelian dan jualan tenaga elektrik.

TNB dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam mengumumkan proses pembelian dan jualan tenaga elektrik kepada anak syarikat Tadmax Resources Bhd. itu selepas syarikat berkenaan dianugerah hak daripada kerajaan untuk membangunkan loji janakuasa gabungan kitaran gas baharu di Pulau Indah, Selangor.

Sehubungan itu, TNB telah menandatangani PPA dengan PIPP iaitu sebuah syarikat tujuan khas yang dimiliki Tadmax Resources, Worldwide Holdings Bhd. dan Korea Electric Power Corporation.

“PPA yang ditandatangani itu melibatkan tempoh 21 tahun daripada tarikh operasi komersial blok janakuasa pertama iaitu dijangka pada 1 Januari 2024.

“PIPP akan membina, memiliki, mengurus dan mengekalkan fasiliti tenaga elektrik kitaran gabungan dengan kapasiti nominal keseluruhan berjumlah 1,200 megawatt (MW) di Pulau Indah, Selangor,” katanya dalam makluman berkenaan.

Dalam pada itu, dalam makluman berasingan kepada Bursa Malaysia, TNB mengumumkan telah menyelesaikan proses pembelian lima peratus saham biasa dalam Jimah Energy Ventures Holdings Sdn. Bhd. (JEVH) dan lima peratus Nota Kelas B yang diterbitkan Special Power Vehicle Bhd. (SPVB) semalam.

Dokumen perjanjian jual beli dengan nilai keseluruhan berjumlah RM80 juta itu telah ditandangani antara TNB yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dengan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, hujung bulan lalu.

TNB kini memiliki 25 peratus ekuiti masing masing dalam saham biasa JEVH dan Nota Kelas B SPVB dengan baki 75 peratus saham serta Nota Kelas B dipegang oleh anak-anak syarikat Edra Power Holdings Sdn. Bhd. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya