Sasar 42 Sahabat Ar-Rahnu 2024 - Utusan Malaysia

Sasar 42 Sahabat Ar-Rahnu 2024

AMRAN ABD. KADIR (dua, dari kiri) memotong riben sabagai simbolik perasmian Sahabat Ar-Rahnu Cawangan Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam.– UTUSAN/AFIFI HAFIZ MOHD NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Koperasi Saha­bat Amanah Ikhtiar Berhad (Koop Sahabat) menyasarkan untuk menambah 25 cawangan Sahabat Ar-Rahnu menjelang 2024.

Menurut Bendahari Koop Sahabat, Hartati Abdul Jalil, sehingga kini Sahabat Ar-Rahnu mempunyai 17 cawangan di Semenanjung Malaysia.

Katanya, dalam masa terdekat pihaknya akan membuka dua cawangan lagi iaitu di Bachok, Kelantan dan Ayer Keroh, Melaka dijangka mula beroperasi pada September dan Oktober ini.

“Koop Sahabat akan men­g­gembleng semua sumber dan keupayaan pengurusan secara profesional dan optimum.

“Ia bagi membolehkannya berkembang sehingga mempunyai 42 cawangan Sahabat Ar-Rahnu menjelang 2024,” katanya semasa Majlis Perasmian cawangan Sahabat Ar-Rahnu Port Dickson di sini semalam.

Majlis itu dirasmikan oleh Pengarah Wilayah Persekutuan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Amran Abd. Kadir.

Tambah Hartati, Koop Sahabat bercadang untuk membuka cawangan di Sabah dan Sarawak pada tahun depan.

“Kami bukan sahaja fokus strategi untuk memaju dan mengembangkan lagi produk Ar-Rahnu malah kami juga melihat kepentingan membuka cawangan khusus bagi Ar-Rahnu.

“Kepentingan membuka cawangan bertujuan promosi dan capaian dapat dibuat de­ngan lebih berkesan di dalam melaksanakan pelan strategik ini,” katanya.

Dalam pada itu jelasnya, Koop Sahabat kini dalam proses menukarkan konsep akad Ar-Rahnu kepada Akad Tawarruq. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya