MSM tumpu strategi pertumbuhan lestari - Utusan Malaysia

MSM tumpu strategi pertumbuhan lestari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: MSM Malaysia Holdings Bhd. (MSM) akan meneruskan tumpuan ke arah strategi pertumbuhan lestari merangkumi kepelbagaian produk untuk menembusi pasaran eksport sekali gus meningkatkan keuntungan syarikat.

Keputusan itu dilakukan selepas syarikat pengeluar gula gergasi negara itu mengumumkan penurunan kerugian selepas cukai untuk tiga bulan berakhir 30 Jun 2020 berjumlah RM21.55 juta atau 67.99 peratus berbanding RM67.33 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Walau bagaimanapun, MSM berkata, pendapatan syarikat bagi suku kedua tahun ini susut RM25.48 juta atau 5.4 peratus kepada RM448.74 juta berban­ding RM474.22 juta untuk tempoh sama tahun lalu.

Katanya, penurunan pendapatan itu didorong oleh pengurangan penjualan kuantiti dalam segmen borong jika dibandingkan dengan suku yang sama tahun lalu.

“MSM komited untuk me­ningkatkan penggunaan kapasiti kilang kami di Johor yang akan mengurangkan kos pengeluaran dan meningkatkan margin.
“Syarikat juga menjangkakan persekitaran perniagaan kekal mencabar bagi tempoh separuh kedua 2020,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia, semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya