LBS lancar projek bernilai RM3 bilion - Utusan Malaysia

LBS lancar projek bernilai RM3 bilion

PENGARAH Urusan Kumpulan LBS, Tan Sri Lim Hock San berkongsi perkembangan terkini syarikat pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) LBS ke-20.

LBS Bina Group Berhad (LBS) merancang untuk melancarkan projek hartanah dalam tempoh sembilan bulan akan datang dengan gabungan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM3 bilion.

Projek atau fasa baharu dalam perancangan ini melibatkan KITA Sejati, KITA Mekar di KITA @ Cybersouth, Dengkil, Ritma Perdana dan blok baharu Pangsapuri Melodi Perdana di LBS Alam Perdana, Bandar Puncak Alam, Vines 3 di Cameron Golden Hills dan Emerald Garden 3 di Bandar Putera Indah, Batu Pahat serta Bayu Hills di Genting Permai.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN