Keuntungan PCG menjunam 83.3% - Utusan Malaysia

Keuntungan PCG menjunam 83.3%

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keuntungan Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) menjunam 83.3 peratus atau RM927 juta kepada hanya RM185 juta untuk tempoh tiga bulan sehingga 30 Jun lalu berbanding RM1.11 bi­lion dalam tempoh sama tahun lalu.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, PCG memberitahu, pendapatan syarikat turut susut RM1.15 bi­lion kepada RM3.178 bilion dalam suku kedua tahun ini berbanding RM4.337 bilion yang diperoleh pada akhir 30 Jun 2019 disebabkan harga produk dan volum jualan le­bih rendah.

Katanya, pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) juga merekodkan penurunan sebanyak RM826 juta atau 54 peratus kepada RM695 juta disebabkan margin yang lebih rendah.

“Keputusan kewangan me­ngenai operasi Kumpulan sebahagian besar telah dipengaruhi oleh keadaan ekonomi global, harga produk petrokimia yang mempunyai kaitan tinggi dengan harga minyak mentah, kadar penggunaan kemudahan pengeluaran kami dan pergerakan kadar tukaran wang asing.

“Pandemik Covid-19 juga terus memberi kesan buruk kepada ekonomi global dengan PCG juga tidak terkecuali daripada menerima tamparan,” katanya dalam makluman tersebut.

PCG berkata, Kumpulan itu akan meneruskan program kecemerlangan operasinya dan pengurusan hubungan pembekal untuk mengekalkan tahap penggunaan kilang di atas penanda aras industri.

“Penggunaan kemudahan pengeluaran kami bergantung kepada aktiviti penyelenggaraan kilang dan ketersediaan bahan dan bekalan utiliti,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya