fbpx

Bank Islam lantik pengerusi baharu

  • Oleh Nur Izzati Izzah Binti Nadzi
  • 29 Julai 2020, 4:48 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) mengumumkan pelantikan Pengerusi baharunya, Tan Sri Dr. Ismail Bakar berkuat kuasa 1 Ogos ini bagi menggantikan Datuk Zamani Abdul Ghani yang bersara pada 1 Mac lalu setelah berkhidmat selama sembilan tahun. 

Bank Islam dalam kenyataannya hari ini berkata, pelantikan itu dibuat berdasarkan pengetahuan dan pengalaman lebih dari 30 tahun dalam perkhidmatan awam setelah memegang pelbagai portfolio penting.

“Beliau pernah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara ke-14 pada 29 Ogos 2018 sebelum bersara pada bulan Disember tahun lalu dan merupakan Penasihat Kanan kepada Kumpulan Bank Dunia, Washington DC dari tahun 2008 hingga 2010.

“Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Pengangkutan serta Pengarah Belanjawan di Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan,” katanya. 

Ismail mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya, dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan serta Doktor Falsafah dari University of Hull, United Kingdom.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd. Muazzam Mohamed berkata, Bank Islam mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mantan Pengerusi, Datuk Zamani Abdul Ghani atas sumbangannya yang sungguh bermakna dalam memajukan Bank Islam. 

“Kami amat berbesar hati mengalu-alukan Tan Sri Dr. Ismail sebagai Pengerusi baharu lembaga pengarah,” katanya. 

Tambahnya, pelantikan ini tepat pada masanya kerana Bank Islam sedang melakar perjalanan masa hadapannya untuk menjadikan bank pilihan utama dalam negara. 

“Kami berharap kepemimpinan beliau akan membawa Bank Islam ke tahap yang lebih tinggi,” katanya. 

Dikemaskini pada