Kontak rapat, Kon Yeow jalani kuarantin kendiri 5 hari - Utusan Malaysia

Kontak rapat, Kon Yeow jalani kuarantin kendiri 5 hari

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Ketua Menteri, Chow Kon Yeow menjalani kuarantin kendiri selepas didapati menjadi kontak rapat kepada individu positif Covid-19 ketika menghadiri sebuah majlis di sini pada Sabtu lalu.

Pejabat Ketua Menteri dalam kenyataan memaklumkan, Kon Yeow menjalani kuarantin selama lima hari bermula semalam seperti ditetapkan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP).

“JKNPP turut mengarahkan beliau menjalani ujian Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) pada hari ketiga daripada tempoh berkaitan iaitu Selasa (25 Januari).

“Bagaimanapun, dua ujian Rapid Test Kit Antigen (RTK-Antigen) yang dijalankan Kon Yeow sebelum ini didapati negatif,” demikian menurut kenyataan itu.

Tambahnya, kuarantin kendiri itu turut dikenakan kepada beberapa individu berkaitan yang turut dikenal pasti sebagai kontak rapat.

Dalam pada itu katanya, JKNPP juga kini giat menjalankan pengesanan kontak bagi mengelak penularan jangkitan.

“Mereka yang berkaitan akan dihubungi JKNPP dari semasa ke semasa bagi tindakan lanjut,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.